Judul : Adun terima semula elaun dibekukan
link : Adun terima semula elaun dibekukan
Adun terima semula elaun dibekukan
Mohd Iskandar OthmanGEORGETOWN - Beberapa Adun yang sebelum ini dibekukan elaun bulanan kerana gagal menghadiri majlis angkat sumpah pelantikan semula Yang Di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada 29 April lalu telah menghantar surat permohonan maaf kepada kerajaan negeri dan Yang Di-Pertua Negeri.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus berkata, kesemua elaun mereka disambung semula selepas permohonan maaf mereka diterima oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pagi tadi.
Menurutnya, kesemua mereka telah memberi penjelasan mengenai ketidak hadiran mereka termasuk Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin yang mendakwa tidak menerima surat jemputan yang telah dihantarkan kepadanya.
"Sebelum ini kerajaan negeri telah putuskan elaun mereka dibekukan sehingga mereka memohon maaf dan mengemukakan alasan mengapa mereka tidak hadir ke majlis berkenaan.
"Adun Penanti juga sebelum ini disyaratkan untuk memohon maaf kepada saya atas dakwaan tidak menerima surat jemputan dan atas semangat Aidilfitri saya dengan sukacitanya memaklumkan permohonan maaf mereka diterima dengan tulus ikhlas," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan barisan Exco Kerajaan Negeri.
Sementara itu, Guan Eng berkata, bukan hanya Adun PKR sahaja yang dikenakan tindakan pembekuan elaun malah ada beberapa Adun DAP yang turut dikenakan tindakan sama kerana tidak hadir ke majlis angkat sumpah berkenaan.
Bagaimanapun, Guan Eng ketika ditanya siapakah Adun DAP yang dikenakan tindakan terbabit enggan mendedahkan nama mereka.
"Kita rasa ini satu perkara serius yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, oleh itu kita telah buat keputusan untuk membekukan elaun mereka.
"Kesemua Adun kerajaan perlu diingatkan bahawa tanggungjawab mereka adalah menyokong dan menyertai semua program rasmi kerajaan negeri khususnya majlis angkat sumpah Yang Di-Pertua Negeri," katanya.
Guan Eng ketika mengulas mengenai Adun Penanti berkata, dakwaan Dr Norlela yang mengatakan tidak menerima jemputan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri telah menjejaskan imej Datuk Seri Farizan.
Katanya, bukan hanya jemputan rasmi telah dihantar kepadanya malah panggilan telefon juga telah dibuat kepada Dr Norlela bagi memaklumkan mengenai majlis angkat sumpah berkenaan.
"Kita anggap perkara ini telah selesai dan Dr Norlela juga telah mengakui kekhilafannya," katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan keluhan Dr Norlela yang kecewa apabila peruntukannya dibekukan hanya kerana tidak dapat menghadirkan diri pada istiadat mengangkat sumpah pelantikan Yang Di-Pertua Negeri.
Dr Norlela dalam laman sosial Facebooknya melahirkan rasa bimbang apabila peruntukan untuk kawasannya ditahan atau ditarik balik sehingga September 2017, tarikh yang dijangka berlaku PRU14.
Difahamkan, beliau hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan dalam mesyuarat pimpinan Keadilan Pulau Pinang pada 12 Mei lalu.
Dalam tulisan di laman Facebooknya Dr Norlela berkata, beliau hanya menuruti arahan pimpinan parti supaya terus berada pada Konvensyen PKR yang diadakan pada 29 April di Seberang Jaya.
"Saya ikut arahan pimpinan untuk kekal di Konvensyen PKR Pulau Pinang dan hanya Exco,Timbalan Ketua Menteri 1 dan Presiden PKR yang pergi ke majlis rasmi berkenaan.
"Sebab pimpinan-pimpinan PKR seperti Naib Presiden, Nurul Izzah, Rafizi dan naib-naib presiden akan berucap selepas perasmian dan kami wakil rakyat biasa yang tak ada jawatan diminta kekal sebagai hos supaya masih ada Adun PKR Pulau Pinang yang berada di konvesyen berkenaan," tulisnya pada laman Facebooknya sebelum ini.
Demikianlah Artikel Adun terima semula elaun dibekukan
Sekianlah artikel Adun terima semula elaun dibekukan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Adun terima semula elaun dibekukan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/adun-terima-semula-elaun-dibekukan.html