Judul : Aliran trafik terkawal, kenderaan dijangka meningkat petang ini
link : Aliran trafik terkawal, kenderaan dijangka meningkat petang ini
Aliran trafik terkawal, kenderaan dijangka meningkat petang ini
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara masih lancar dan terkawal setakat 12 tengah hari ini.
Bagaimanapun, jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata aliran trafik dijangka meningkat pada sebelah petang berikutan pertambahan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Aidilfitri.
"Aliran trafik ke arah utara serta selatan masih lagi lancar dan terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada Ahad ini.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur juga lancar dan terkawal.
"Aliran trafik bagi Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih lancar di kedua-dua arah," katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/llminfotrafik.
Demikianlah Artikel Aliran trafik terkawal, kenderaan dijangka meningkat petang ini
Sekianlah artikel Aliran trafik terkawal, kenderaan dijangka meningkat petang ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Aliran trafik terkawal, kenderaan dijangka meningkat petang ini dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/aliran-trafik-terkawal-kenderaan_22.html