Amerika Syarikat Lulus Kontrak Persenjataan Arab Saudi

Amerika Syarikat Lulus Kontrak Persenjataan Arab Saudi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amerika Syarikat Lulus Kontrak Persenjataan Arab Saudi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amerika Syarikat Lulus Kontrak Persenjataan Arab Saudi
link : Amerika Syarikat Lulus Kontrak Persenjataan Arab Saudi

Baca juga


Amerika Syarikat Lulus Kontrak Persenjataan Arab Saudi

Washington - Amerika Syarikat (AS) meluluskan dua kontrak kelengkapan ketenteraan berjumlah lebih AS$1.4 bilion (RM5.96 bilion) kepada Arab Saudi kelmarin.

Kontrak itu adalah sebahagian daripada pakej perjanjian persenjataan AS kepada Arab Saudi untuk menangani ancaman Iran.

Presiden AS, Donald Trump ketika berkunjung ke negara luar pada bulan lalu, berjanji memberikan akses latihan dan persenjataan bernilai AS$110 bilion (RM468.8 bilion) kepada pemimpin Arab Saudi.

Beberapa pegawai menyatakan satu pertiga daripada jumlah itu merupakan kontrak yang diluluskan oleh pentadbiran bekas Presiden Barack Obama sebelum ini, dengan beberapa lagi yang masih dalam perancangan.

Sebaik perjanjian itu dimeterai, Jabatan Negara AS membenarkan Tentera Laut Arab Saudi untuk membeli pakej latihan bernilai AS$250 juta (RM1 bilion) daripada Kratos Defense dan Security Solutions di San Diego, California.

Kelmarin, Arab Saudi memperoleh kebenaran untuk mendapatkan kontrak bernilai AS$750 juta (RM3.2 bilion) bagi melatih tentera udara mereka dengan firma-firma AS.

Sebagai tambahan, Arab Saudi juga akan berbelanja sejumlah AS$662 juta (RM2.82 bilion) untuk pembelian sebanyak 26 buah trak AN/TPQ-53(V) yang dipasang sistem radar jarak sederhana.

Sistem itu akan membantu mengesan kedudukan ken­deraan pelancar misil dan bom mortar pihak musuh.

Syarikat aeroangkasa dan pertahanan AS, Lockheed Martin pula akan menjual sistem pertahanan itu, manakala pihak kontraktor AS akan membekalkan keperluan logistik dan latihan sokongan kepada Tentera Darat Arab Saudi.

Sewaktu lawatan Trump ke Riyadh, Setiausaha Negara, Rex Tillerson berkata, perjanjian senjata api itu akan membantu menyokong keselamatan jangka panjang rakan Washington di rantau Teluk.


Demikianlah Artikel Amerika Syarikat Lulus Kontrak Persenjataan Arab Saudi

Sekianlah artikel Amerika Syarikat Lulus Kontrak Persenjataan Arab Saudi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amerika Syarikat Lulus Kontrak Persenjataan Arab Saudi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/amerika-syarikat-lulus-kontrak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :