Judul : Amyra Rosli Tetap Berpuasa Walaupun Mengalami Alahan
link : Amyra Rosli Tetap Berpuasa Walaupun Mengalami Alahan
Amyra Rosli Tetap Berpuasa Walaupun Mengalami Alahan
Biarpun masih di awal kehamilan dan kerap mengalami alahan, Amyra Rosli tetap gagahkan diri untuk menunaikan ibadah puasa ada tahun ini.Dalam masa yang sama, Amyra turut berkongsi berat badannya yang kini kian meningkat sehingga size baju turut membesar.
“Saya dan bayi dikandung sihat. Doktor galakkan berpuasa malah ada ubat-ubatan yang perlu saya ambil. Hari pertama Ramadan saya berpuasa penuh. Cuma semalam saya gagal melakukannya kerana muntah. Ketika awal kehamilan saya tidak ada selera makan. Badan menyusut hingga 3 kilogram”
“Alhamdulillah, ketika usia kandungan memasuki empat bulan, berat badan saya meningkat dua kg. Muntah-muntah itu perkara biasa dan saya sudah boleh menyesuaikan diri. Malah, baju pun semakin besar sekarang,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai perkembangan kesihatannya.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai jantina anak sulung pasangan ini, Amyra memberitahu dirinya masih belum membuat pemeriksaan tetapi akan memaklumkannya sejurus mendapat tahu.
Terdahulu Amar Baharin melarang isterinya bergiat aktif dalam lakonan bagi memastikan kesihatan ibu dan anak.
Demikianlah Artikel Amyra Rosli Tetap Berpuasa Walaupun Mengalami Alahan
Sekianlah artikel Amyra Rosli Tetap Berpuasa Walaupun Mengalami Alahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Amyra Rosli Tetap Berpuasa Walaupun Mengalami Alahan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/amyra-rosli-tetap-berpuasa-walaupun.html