Judul : Anak gesa pengurusan FGV era Isa disiasat
link : Anak gesa pengurusan FGV era Isa disiasat
Anak gesa pengurusan FGV era Isa disiasat
ARIF ATAN
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mengulangi gesaan supaya audit pengurusan sepanjang tempoh Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda sejak 1 Januari 2011 dilaksanakan.
Siasatan tersebut juga perlu dilakukan ketika Isa yang juga Ahli Parlimen Jempol itu memegang jawatan pengerusi syarikat Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).
Menurut Presiden Anak, Mazlan Aliman tindakan itu penting bagi memastikan dakwaan kehilangan berbilion wang Felda dapat disiasat dan tindakan sewajarnya dapat diambil kepada mereka yang terlibat.
"Anak turut yakin siasatan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang sedang berjalan sekarang di FGV tidak terganggu dengan pengumuman kerajaan hari ini.
"Anak penuh yakin SPRM sedang melengkapkan siasatan dan bakal mengheret perilaku rasuah ini ke muka pengadilan," tegasnya dalam satu kenyataan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini mengumumkan pelantikan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai pemangku Pengerusi Felda Global Ventures (FGV) berkuat kuasa serta-merta.
Sulaiman menggantikan Isa yang bersetuju melepaskan jawatan sebagai Pengerusi FGV tetapi dilantik sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga berkuat kuasa serta-merta.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata, pihaknya berharap penggantungan jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad dikaji semula.
"Ia diharap boleh membantu pelan pemulihan FGV demi keyakinan pelabur dan kepentingan masyarakat Felda," ujarnya lagi.
Demikianlah Artikel Anak gesa pengurusan FGV era Isa disiasat
Sekianlah artikel Anak gesa pengurusan FGV era Isa disiasat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anak gesa pengurusan FGV era Isa disiasat dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/anak-gesa-pengurusan-fgv-era-isa.html