Judul : Anak Muda Sebagai Kuasa Ketiga
link : Anak Muda Sebagai Kuasa Ketiga
Anak Muda Sebagai Kuasa Ketiga
Fuad ShahdanGenerasi muda hari ini merupakan penggerak utama kepada kemajuan sesebuah negara dan golongan ini dilihat sebagai pemimpin masa hadapan dan pencorak masa depan Malaysia yang kita cintai.
Penglibatan generasi muda dalam pelbagai lapangan sememangnya menjadi harapan terpenting negara, malah generasi muda sebenarrnya wajar dibiarkan untuk terlibat dalam hal-hal yang lebih dewasa termasuk politik dan isu-isu yang berkaitan.
Era Kerajaan mengetahui segala-galanya sering dilaung-laungkan oleh pihak Kerajaan sebagai telah lama berakhir.
Namun, apa yang diperhatikan Kerajaan sedia ada masih cuba menunjuk kuasa terhadap aspirasi dan impian orang-orang muda.
Wajar kita perhatikan mengapa sebilangan besar golongan muda tidak berminat mencampuri urusan politik negara, malah kemahuan mereka untuk mendaftar diri sebagai pengundi juga agak rendah.
Ini merupakan satu hal yang wajar diberikan perhatian kerana kemungkinan besar anak-anak muda ini cukup muak dengan permainan politik golongan tua yang penuh sengketa.
Apa yang kita boleh simpulkan anak-anak muda kemungkinan merasakan mengundi tidak membawa apa-apa faedah kerana tidak ada apa-apa perubahan konkrit dapat dibawakan.
Malah ada dalam kalangan anak muda seperti ini yang lebih mempercayai revolusi jalanan boleh membawa perubahan total dalam struktur politik negara.
Sistem pilihan raya ini merupakan jalan paling stabil berbanding revolusi jalanan yang boleh disifatkan bakal membawa kepincangan lebih besar.
Anak-anak muda ini perlu dijelaskan bahawa jika mereka menggunakan kuasa mengundi dengan bijak, sudah tentu apa-apa perubahan positif yang diingikan pasti berlaku.
Jelas sekali undi golongan muda telah membuatkan Parti Konservatif berada dalam keadaan tidak selesa dan hanya mendahului dengan jumlah undi cukup tipis. Ini mewujudkan kemungkinan kerajaan campuran terpaksa dibentuk di negara berkenaan.
Kita lihat bagaimana bila anak-anak muda menggunakan kuasa demokratik, dunia pasti bergoncang. Reaksi anak-anak muda UK yang sebelum ini tidak berpuas hati dengan pilihan golongan tua yang mahukan Brexit, telah jelas dapat kita lihat dalam senario semasa pilihan raya UK kini.
Demikianlah Artikel Anak Muda Sebagai Kuasa Ketiga
Sekianlah artikel Anak Muda Sebagai Kuasa Ketiga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anak Muda Sebagai Kuasa Ketiga dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/anak-muda-sebagai-kuasa-ketiga.html