Judul : Arwah Tertekan, Pernah Luah Hasrat Untuk Berhenti' - Ibu
link : Arwah Tertekan, Pernah Luah Hasrat Untuk Berhenti' - Ibu
Arwah Tertekan, Pernah Luah Hasrat Untuk Berhenti' - Ibu
Pegawai polis yang ditemui mati dengan satu kesan tembakan di bahagian dahi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Kelantan, hari ini, pernah memaklumkan hasratnya kepada keluarga untuk berhenti kerja akibat tekanan tugas.Menurut ibu mangsa, Noraida Jalalludin, 55, anak sulungnya, Ahmad Al-Syamir Sharif Folidin, 29, yang baharu empat bulan bertugas di IPD Pasir Puteh sebelum ini pernah memaklumkan perkara terbabit kepadanya.
Katanya, kali terakhir dia bertemu Syamir adalah pada 27 Mei lalu selepas mangsa pulang ke rumah kerana menghadiri kursus selama dua minggu di ibu kota dan sepanjang tempoh terbabit mangsa kelihatan murung.
"Apabila ditanya dia memaklumkan tertekan dengan tugas dan mahu berhenti kerja tetapi saya bersama suami menasihatkan supaya dia fikir terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan.
"Selepas di kembali bertugas di IPD Pasir Puteh, saya ada berhubung dengan Syamir iaitu sebelum berbuka puasa, kira-kira jam 7 malam, semalam.
"Menerusi perbualan telefon itu, dia hanya maklumkan perkara sama sehingga membuatkan saya tidak lena tidur kerana memikirkannya dan saya cuba hubungi dia pada jam 11 malam serta 4 pagi tetapi gagal sebelum dimaklumkan oleh pihak polis mengenai kejadian," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Desa Sentosa Dusun Tua, Hulu Langat, hari ini.
Noraida berkata, dia bersama suaminya, Sharif Folidin Jaafar redha dengan pemergian mangsa dan berharap siasatan sepenuhnya berhubung kejadian dapat dilakukan polis.
"Dia tidak pernah memaklumkan mempunyai masalah lain serta musuh sepanjang bertugas IPD terbabit.
"Dia anak yang baik dan patuh kepada keluarga cuma terkilan dengan apa yang terjadi serta berharap siasatan terperinci dapat dilakukan pihak polis mengenai punca kematiannya.
"Kami difahamkan jenazah akan di bawa pulang di sini esok selepas selesai bedah siasat dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Batu 16, Hulu Langat," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa berpangkat Inspektor yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) terbabit ditemui mati atas kerusi di pejabatnya oleh rakan setugasnya dengan kesan tembakan di dahi.
Demikianlah Artikel Arwah Tertekan, Pernah Luah Hasrat Untuk Berhenti' - Ibu
Sekianlah artikel Arwah Tertekan, Pernah Luah Hasrat Untuk Berhenti' - Ibu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Arwah Tertekan, Pernah Luah Hasrat Untuk Berhenti' - Ibu dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/arwah-tertekan-pernah-luah-hasrat-untuk.html