Judul : Bapa Zulfarhan bimbang pembuli UPNM kembali ke universiti
link : Bapa Zulfarhan bimbang pembuli UPNM kembali ke universiti
Bapa Zulfarhan bimbang pembuli UPNM kembali ke universiti
Beliau khuatir pelajar lain menjadi mangsa mereka, kata Zulkarnain Osman, selepas anaknya meninggal dunia 1 Jun lepas selepas didakwa didera.
PETALING JAYA: Langkah membenarkan 13 pelajar meneruskan pembelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), walaupun selepas didakwa menyerang rakan universiti sehingga mati, menyinggung perasaan bapa mangsa yang khuatir mereka akan menyeksa pelajar lain.
Zulkarnain Idros, bapa kepada kadet tentera laut Zulfarhan Osman, berkata penyerang yang didakwa dalam kes buli ganas itu sepatutnya dibuang universiti.
“Mereka ada rekod membuli orang…kemudian nanti mereka buat hal lagi?” katanya.
“Hak university untuk bagi kaunseling. Saya tak boleh halang tapi yang anak saya bukan boleh hidup balik walau dengan kaunseling yang mereka bagi itu,” katanya kepada FMT hari ini.
Beliau menjawab kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh kelmarin, yang mengatakan 13 pelajar yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga sebutan semula kes sengaja menyebabkan kecederaan dibenarkan menyambung pelajaran mereka di universiti.
Semalam Idris menjelaskan beliau merujuk kepada 13 pelajar yang disiasat dalam kes kematian Zulfarhan tetapi tidak didakwa dengan sebarang kesalahan.
Zulkarnain bagaimana berkata mereka semua akan dibuang universiti kalau beliau seorang menteri pendidikan tinggi.
Demikianlah Artikel Bapa Zulfarhan bimbang pembuli UPNM kembali ke universiti
Sekianlah artikel Bapa Zulfarhan bimbang pembuli UPNM kembali ke universiti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bapa Zulfarhan bimbang pembuli UPNM kembali ke universiti dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/bapa-zulfarhan-bimbang-pembuli-upnm.html