Bayar hutang dulu, Isa Samad beritahu aktivis kritik Felda

Bayar hutang dulu, Isa Samad beritahu aktivis kritik Felda - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bayar hutang dulu, Isa Samad beritahu aktivis kritik Felda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bayar hutang dulu, Isa Samad beritahu aktivis kritik Felda
link : Bayar hutang dulu, Isa Samad beritahu aktivis kritik Felda

Baca juga


Bayar hutang dulu, Isa Samad beritahu aktivis kritik Felda

 
Isa enggan menjawab tuduhan beliau memangsakan ramai pegawai di FGV.


isa-samad-mazlan-aliman-felda 

KUALA LUMPUR: Tan Sri Isa Samad hari ini mempersoalkan kritikan terhadapnya oleh Mazlan Aliman, sambil menuntutnya membayar hutang saman kepada Felda.

Pengerusi Felda Global Ventures Bhd (FGV) itu berkata Mazlan, yang mengetuai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang memperjuangkan isu peneroka Felda, tidak layak diberikan respon.

“Dia sudah bayar ke hutang kita? Kalau belum, bayarlah dulu. Saya tak tahu dia dah bayar ke belum.
“Orang yang membangkang ini kita tak boleh respon sangat. Dia pun tak betul,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program di Dewan Bankuet Menara Felda.

Mazlan sebelum ini menyifatkan Datuk Zakaria Arshad, ketua pegawai eksekutif FGV yang diarahkan bercuti Selasa lalu, sebagai mangsa terbaru Isa.

Menurutnya, Isa ketika menjadi pengerusi Felda bertindak “menyejuk bekukan” pengarah besar ketika itu, Datuk Zulkifli Abdul Wahab.

Katanya, Isa juga turut memangsakan pengganti Zulkifli, Datuk Faizoull Ahmad sehingga beliau didakwa di Mahkamah Sesyen baru-baru ini.

Isa berkata serangan pembangkang terhadapnya tidak boleh dijadikan ukuran dan diambil pandangan mereka.

Katanya, Felda akan tetap disalahkan pembangkang sama ada mengambil tindakan atau tidak.

Pada 29 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur mengarahkan Mazlan dan pencetak Angkatan Edaran Enterprise membayar Felda RM350,000 selepas didapati bersalah dalam saman fitnah melalui buku yang diterbitkan pada 2008.



Demikianlah Artikel Bayar hutang dulu, Isa Samad beritahu aktivis kritik Felda

Sekianlah artikel Bayar hutang dulu, Isa Samad beritahu aktivis kritik Felda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bayar hutang dulu, Isa Samad beritahu aktivis kritik Felda dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/bayar-hutang-dulu-isa-samad-beritahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :