BERSIH perlu RM500,000 untuk 4 bulan akan datang

BERSIH perlu RM500,000 untuk 4 bulan akan datang - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BERSIH perlu RM500,000 untuk 4 bulan akan datang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BERSIH perlu RM500,000 untuk 4 bulan akan datang
link : BERSIH perlu RM500,000 untuk 4 bulan akan datang

Baca juga


BERSIH perlu RM500,000 untuk 4 bulan akan datang

Alyaa Alhadjri



Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) memohon RM500,000 sumbangan daripada orang ramai dalam tempoh empat bulan akan datang, kata Pengerusinya, Maria Chin Abdullah.

Maria berkata, dana itu diperlukan bagi menjalankan operasinya pada dan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

"Ini adalah masanya kami perlukan bantuan kewangan untuk memastikan kami dapat bertahan sewaktu pilihan raya ke pilihan raya seterusnya.

"BERSIH berada di dalamnya untuk jangka masa panjang," kata Maria pada sidang akhbar di pejabat BERSIH 2.0 di Petaling Jaya hari ini.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, dianggarkan RM100,000 akan digunakan untuk membayar kos undang-undang melibatkan 120 siasatan yang sedang dijalankan di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 dan Seksyen 124 (c) Kanun Keseksaan kerana penglibatan dalam aktiviti yang didakwa memudaratkan demokrasi berparlimen.

"Denda di bawah PAA boleh mencecah sehingga RM10,000," katanya sambil menambah BERSIH 2.0 baru-baru ini membayar wang ikat jamin sebanyak RM3,000 bagi sukarelawannya di Taiping, Perak.

Maria berkata, siasatan di bawah PAA dilakukan sejak BERSIH mengadakan konvoi ke seluruh negara tahun lepas, serta perhimpunan solidariti yang diadakan semasa penahanan beliau di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Selain kes terhadap BERSIH 2.0, Maria berkata, gabungan itu juga menyokong sembilan kes mahkamah berkaitan pilihan raya, yang melibatkan cabaran terhadap persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kami memerlukan sokongan anda untuk terus melalui ini. Sementara peguam melakukan kerja-kerja pro-bono, BERSIH 2.0 perlu menampung kos pengeluaran, penyelidikan dan pengangkutan," katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI



Demikianlah Artikel BERSIH perlu RM500,000 untuk 4 bulan akan datang

Sekianlah artikel BERSIH perlu RM500,000 untuk 4 bulan akan datang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BERSIH perlu RM500,000 untuk 4 bulan akan datang dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/bersih-perlu-rm500000-untuk-4-bulan.html

Subscribe to receive free email updates: