Judul : Enam sekeluarga ditanam dalam satu liang lahad
link : Enam sekeluarga ditanam dalam satu liang lahad
Enam sekeluarga ditanam dalam satu liang lahad
ANTARAPOS.COMBACHOK: Enam sekeluarga yang terbunuh dalam nahas ngeri di Jempol, Negeri Sembilan semalam, akan ditanam dalam satu liang lahad.
Mereka adalah Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, 51, isterinya Mas Noraida M Yusoff, 45; dan anak-anak mereka Wan Muhamad Iskandar, 22; Wan Nor Atirah, 18; Wan Mohamad Amar Haziq, 13; serta Wan Nor Alisha, 7.
Azmi Hamzah yang juga adik ipar Wan Mohd Fauzi berkata, jenazah mereka akan ditanam di tanah perkuburan Jelawat apabila sampai dari Jempol, Negeri Sembilan.
“Keluarga sekarang sedang membuat persiapan untuk menanam jenazah.
“Solat jenazah akan diadakan sebuah masjid berdekat sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan,” katanya ketika ditemui di Kampung Padang Pak Amin di sini hari ini.
Azmin berkata, jenazah dijangka tiba di Kelantan selepas tengah malam.
Dalam kejadian 2.20 petang Ahad lalu, keluarga yang menaiki Proton Exora itu berlanggar dengan sebuah treler yang memasuki lorangnya.
Impak perlanggaran itu menyebabkan kereta Exora berkenaan terbakar.
Nahas itu turut membunuh pasangan suami isteri Osman Mohamed Taip, 31 dan Rosniza Othman, 32, yang menaiki sebuah Perodua Myvi. Anak lelaki mereka yang turut menaiki kereta itu cedera parah.
Pemandu treler dan sebuah lagi kereta terbabit dalam nahas itu tidak cedera.
Demikianlah Artikel Enam sekeluarga ditanam dalam satu liang lahad
Sekianlah artikel Enam sekeluarga ditanam dalam satu liang lahad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Enam sekeluarga ditanam dalam satu liang lahad dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/enam-sekeluarga-ditanam-dalam-satu.html