Felda perlu lupuskan hutang RM5 bilion

Felda perlu lupuskan hutang RM5 bilion - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Felda perlu lupuskan hutang RM5 bilion, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Felda perlu lupuskan hutang RM5 bilion
link : Felda perlu lupuskan hutang RM5 bilion

Baca juga


Felda perlu lupuskan hutang RM5 bilion






Oleh Naraza Muda


TIMBAL balas dengan apa yang terjadi terhadap Felda sepanjang Tan Sri Mohd Isa Abd Samad menjadi Pengerusi Felda pada 2011-2016 sewajarnya semua hutang yang tidak munasabah atau diragui dalam tempoh ini dilupuskan.

Menurut sumber jumlah keseluruhan peneroka Felda berhutang sebanyak RM5 bilion sehingga akhir 2016 dan Pahang mencatatkan rekod tertinggi RM1 bilion kerana Pahang mempunyai 115 tanah rancangan dan terbesar di Malaysia.

Hutang peneroka menjadi ketara dan tidak diuruskan selian rekod hutang sejak pewujudan Felda Technoplant dan menjadi satu isu besar setelah banyak kepincangan berlaku di zaman Isa Samad menjadi pengerusi Felda.

Hutang pembangunan asal kebanyakannya sudah dijelaskan oleh peneroka Felda melalui mekanisma potongan mengikut pendapatan hasil setiap bulan. Bila peneroka memasuki era tanam semula kali pertama dan pengurusan operasi ladang mereka diuruskan oleh Technoplant, maka bermula  peneroka tidak lagi dibekalkan penyataan hutang terperincil.

Rata-rata peneroka berhutang sekitar RM40,000 hingga RM150,000 di seluruh negara. Hanya segelintir sahaja yang tidak berhutang dari jumlah 112,635 peneroka. Janji Pengerusi Felda sebelum ini memberi keyakinan menyelesaikan isu ini hanya tinggal janji.

Oleh itu, sewajarnya hutang ini dilupuskan kerana berlaku kesamaran dan tidak dibentang secara terperincil dengan persetujuan bersama antara Felda dan peneroka.

Jika benar peneroka berhutang sedemikian memang menjadi kewajipan melunaskannya walaupun sebahagian peneroka asal sudah meninggal dunia.

Waris generasi kedua dan semua pertubuhan berkaitan perlu membawa isu ini dan bersama mencari penyelesaian terbaik, kaedah menang-menang mestilah dijadikan ukuran penyelesaian agar tidak merumitkan lagi antara Felda dan peneroka terutamanya lot peneroka yang diuruskan oleh generasi selepas kematian ibu bapa mereka.

*Naraza Muda, Aktivis Membela Peneroka Felda (AMPF)



Demikianlah Artikel Felda perlu lupuskan hutang RM5 bilion

Sekianlah artikel Felda perlu lupuskan hutang RM5 bilion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Felda perlu lupuskan hutang RM5 bilion dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/felda-perlu-lupuskan-hutang-rm5-bilion.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :