Judul : ‘Hanya yang bodoh percaya Najib tempah 41 suite presiden'
link : ‘Hanya yang bodoh percaya Najib tempah 41 suite presiden'
‘Hanya yang bodoh percaya Najib tempah 41 suite presiden'
MALAYSIAKINI
Sebuah portal pro-Umno hari ini membidas penyebaran berita palsu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menempah "41 suite presiden" untuk percutiannya di Bali, Indonesia.
Sambil menuduh penyokong Pakatan Harapan dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menyebarkan fitnah berkenaan, MyKMU.net menyifatkan mereka itu sebagai bodoh dan kurang atau tidak ada langsung didikan agama.
“Jika guna otak dan ada sikit-sikit pengetahuan agama, tiada siapa yang akan percaya ada hotel yang membina sehingga 41 buah presidential suite, sebab bodohlah benda mudah macam ini pun boleh masuk kepala juga.
“Malangnya, inilah majoriti orang yang kita berlawan di media sosial ini pun... Insiden ini harus dijadikan pengajaran supaya jangan percayakan penyokong Pakatan Harapan dan Mahathir,” kata penulis.
Portal itu juga menegaskan bahawa Najib adalah anak kepada bekas perdana menteri dan adalah pemimpin yang amanah, jujur serta dasar pentadbirannya telah terbukti membawa banyak kebaikan kepada rakyat.
“Belum ada seorang pun anak bekas perdana menteri yang kita tahu hidupnya papa kedana - tengok anak-anak Mahathir saja dah cukup, majoriti besar jutawan, billionwan.
“Kalau betul pun beliau (Najib) nak bermewah pada waktu cutinya, itu tidaklah begitu mengejutkan melihat kepada latar belakangnya yang memang ada duit - tak payah guna duit rakyat pun tak apa,” katanya.
Media Indonesia melaporkan bahawa Najib yang berada di Bali sejak 26 Jun lalu dan menginap di Hotel St Regis Nusa Dua. Beliau diiringi oleh rombongan sebanyak 23 orang.
Metronews memetik seorang pegawai Indonesia sebagai berkata, perdana menteri Malaysia itu menempah sebuah suite presiden dan 11 bilik standard.
Antara mesej yang tersebar di media sosial mendakwa Najib menempah 41 bilik dengan harga RM35,163 masing-masing, menjadikan jumlah selama lima hari percutian tersebut menjadi RM7.2 juta.
Kerajaan telah berulang kali menyeru orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mempercayai semua maklumat yang diedarkan di media sosial.
Sedangkan, pembangkang pula menyalahkan penyokong kerajaan mengedarkan maklumat palsu mengenai mereka.
Pada bulan Mac lalu, kerajaan melancarkan portal SEBENARNYA.MY bagi membendung penyebaran berita palsu dan memastikan orang ramai menerima maklumat yang sah.
Portal itu dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Demikianlah Artikel ‘Hanya yang bodoh percaya Najib tempah 41 suite presiden'
Sekianlah artikel ‘Hanya yang bodoh percaya Najib tempah 41 suite presiden' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ‘Hanya yang bodoh percaya Najib tempah 41 suite presiden' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/hanya-yang-bodoh-percaya-najib-tempah.html