Judul : Harga Hotel Lebih Mahal, ‘Cukai Pelancongan’ Berkuat Kuasa Ogos Ini
link : Harga Hotel Lebih Mahal, ‘Cukai Pelancongan’ Berkuat Kuasa Ogos Ini
Harga Hotel Lebih Mahal, ‘Cukai Pelancongan’ Berkuat Kuasa Ogos Ini
Aleya AmriBermula Ogos, pelancong perlu membayar ‘Cukai Pelancongan’ sehingga RM20 untuk menginap di mana-mana hotel sekitar negara.
Pelancong yang dimaksudkan termasuklah rakyat Malaysia, bukan sahaja orang asing. Ia bakal dilaksanakan selepas Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan diluluskan di Parlimen pada sidang yang lalu.
Cukai ini akan dipungut dari semua jenis premis yang digunakan sebagai tempat tinggal bagi pelancong.
Walau bagaimanapun, ini tidak termasuk homestay atau Kampung Stay, premis yang diurus oleh institusi (pendidikan), premis yang digunakan untuk tujuan latihan, institusi agama, serta insitusi kerajaan dan badan-badan berkanun di mana kemudahan itu tidak digunakan untuk tujuan komersial.
Premis yang mempunyai kurang daripada 10 bilik juga dikecualikan.Selain itu, Cukai Pelancongan merupakan caj tambahan di sebalik cukai yang telah terlaksana seperti GST dan cukai perkhidmatan (service charge).
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan boleh mengutip sehingga RM654 juta jika kadar penginapan adalah pada 60 peratus.
Kadar cukai adalah berdasarkan kepada penarafan penginapan seperti berikut:
2. Empat bintang: RM10 bagi setiap malam
3. Satu hingga tiga bintang: RM5 bagi setiap malam
4. Satu hingga tiga orkid: RM2.50 bagi setiap malam
5. Tidak dinilai: RM2.50 bagi setiap malam
Demikianlah Artikel Harga Hotel Lebih Mahal, ‘Cukai Pelancongan’ Berkuat Kuasa Ogos Ini
Sekianlah artikel Harga Hotel Lebih Mahal, ‘Cukai Pelancongan’ Berkuat Kuasa Ogos Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Harga Hotel Lebih Mahal, ‘Cukai Pelancongan’ Berkuat Kuasa Ogos Ini dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/harga-hotel-lebih-mahal-cukai.html