Judul : Isu 1MDB-DOJ: Biar polis siasat, kata SPRM
link : Isu 1MDB-DOJ: Biar polis siasat, kata SPRM
Isu 1MDB-DOJ: Biar polis siasat, kata SPRM
Zikri KamarulzamanSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak akan menyiasat 1MDB susulan dakwaan terkini oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.
Ketua SPRM Datuk Seri Dzulkifli Ahmad berkata, ini kerana pihak polis telah menyiasat firma pelaburan negeri ini.
"Siasatan 1MDB masih berterusan, kita perlu memberi polis masa untuk siasat.
"1MDB tidak ada kena mengena dengan kami (SPRM). Ia telah diputuskan sebelum ini polis akan siasat 1MDB.
"Kita tidak mahu berlaku pertindihan, dua agensi siasat perkara yang sama," Dzulkifli kepada pemberita ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini.
Kenyataan Dzulkifli itu seolah-olah bercanggah dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada April bahawa polis telah menyiapkan siasatan mengenai 1MDB "tidak lama dahulu" dan sedang menunggu arahan daripada pejabat Peguam Negara.
Pada 14 Jun yang lalu, Khalid memberitahu pemberita bahawa polis masih menunggu maklum balas dari Peguam Negara.
Demikianlah Artikel Isu 1MDB-DOJ: Biar polis siasat, kata SPRM
Sekianlah artikel Isu 1MDB-DOJ: Biar polis siasat, kata SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Isu 1MDB-DOJ: Biar polis siasat, kata SPRM dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/isu-1mdb-doj-biar-polis-siasat-kata-sprm.html