Judul : Jabatan Imigresen gempur PATI mulai tengah malam ini
link : Jabatan Imigresen gempur PATI mulai tengah malam ini
Jabatan Imigresen gempur PATI mulai tengah malam ini
ANTARAPOS.COMPUTRAJAYA: Jabatan Imigresen akan melaksanakan operasi gempur besar-besaran di seluruh negara bermula tengah malam ini bagi mengesan pendatang tanpa asing (PATI) selaras dengan tamatnya tempoh permohonan kad sementara atau ‘Enforcement Card’ (E-Kad), hari ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata selepas tempoh tersebut selain tangkapan ke atas PATI, majikan juga akan dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan melindungi serta menggaji PATI mengikut Seksyen 56(1) dan Seksyen 55B di bawah Akta Imigresen 1959/1963 termasuk menggaji warga asing yang menyalahgunakan pas pelajar mereka.
"Saya sudah tegaskan banyak kali bahawa tarikh akhir pendaftaran adalah pada 12 tengah malam ini, dan ia tidak akan di sambung," katanya pada sidang media, di Putrajaya hari ini.
Menurut Mustafar, pihaknya ternyata kecewa dengan sikap berlengah para majikan yang tidak membuat pendaftaran dengan lebih awal walaupun program tersebut telah dilancarkan sejak 15 Februari lalu.
Beliau berkata setakat jam 8 pagi tadi, hanya 23 peratus iaitu 155,680 PATI melibatkan 26,957 majlikan telah membuat permohonan dan sebanyak 140,746 E-Kad telah dikeluarkan, jumlah yang jauh lebih rendah daripada sasaran asal 600,000 PATI.
Menurutnya, warga Bangladesh adalah warganegara PATI yang tertinggi mendaftar E-Kad diikuti Indonesia, Myanmar dan Nepal.
Katanya, walaupun permohonan ditutup pada jam 12 tengah malam ini, tetapi para pegawai terpaksa bekerja sehingga 7 pagi esok bagi memproses kesemua dokumen yang sedia ada.
Malah, katanya, atas kapasiti yang terbatas, permohonan majikan yang datang ke pejabat Imigresen selepas 11.30 pagi tadi terpaksa diketepikan terlebih dahulu bagi pihaknya memproses kesemua permohonan yang sedia ada.
Mustafar turut memaklumkan pihaknya menahan beberapa orang, yang didakwa sebagai ejen, yang mengambil kesempatan dengan mengeluarkan E-Kad palsu.
Katanya, permohonan E-Kad perlu diuruskan sendiri oleh majikan tanpa melibatkan orang tengah.
Demikianlah Artikel Jabatan Imigresen gempur PATI mulai tengah malam ini
Sekianlah artikel Jabatan Imigresen gempur PATI mulai tengah malam ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jabatan Imigresen gempur PATI mulai tengah malam ini dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/jabatan-imigresen-gempur-pati-mulai.html