Judul : Jangan balik sebelum solat witir berjemaah
link : Jangan balik sebelum solat witir berjemaah
Jangan balik sebelum solat witir berjemaah
Oleh Mohd. Radzi Mohd. Zin
ANTARA keistimewaan yang hanya ada dalam bulan Ramadan adalah solat sunat tarawih. Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’.
Tujuan berhenti rehat sekejap adalah bagi memperoleh keikhlasan dan memberi ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas di samping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.
Solat tarawih adalah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT. Solat ini boleh dilakukan secara sendirian atau lebih aula (utama) lagi secara berjemaah di masjid atau surau.
Mengenai menghidupkan malam-malam di dalam Ramadan, Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat malam pada bulan Ramadan kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan ganjaran yang baik daripada-Nya, akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis ini secara langsung memberi motivasi kepada setiap umat Islam yang mencari keredaan dan ganjaran pahala berganda untuk mengerjakan solat tarawih sama ada 20 ataupun lapan rakaat.
Sesuai dengan keutamaan solat berjemaah, baginda SAW mengingatkan kita tentang pakej hebat kepada sesiapa yang mendirikan solat tersebut secara berjemaah.
Ini dijelaskan menerusi sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang solat malam (tarawih) bersama imam sehingga dia bersurai (selesai solat), akan tertulis untuknya pahala qiam (bersolat) sepanjang satu malam.” (Riwayat Abu Daud)
Realitinya, ramai dalam kalangan masyarakat kita yang hanya solat tarawih sekerat, walaupun rata-rata solat tarawih di negara kita hanya sekitar 40 minit ke satu jam. Daripada 20 rakaat pula ramai yang pilih menunaikannya lapan rakaat. Selepas itu terus balik atau ada yang berbual-bual kosong di beranda masjid.
Mereka tidak menunaikan solat witir bersama imam. Walhal masa tunaikan solat witir tiga rakaat itu tidak sampai 10 minit. Amat rugilah bagi mereka yang melepaskan peluang ini. Ulama menyimpulkan, maksud hingga selesai solat adalah termasuk solat witir.
Hal ini adalah antara perkara yang perlu dibetulkan. Jangan kita jadikan solat tarawih sebagai ritual. Jangan kita jadikan solat tarawih itu sebagai budaya dalam bulan puasa. Sebaliknya, ia adalah antara amalan sunat yang dijanjikan ganjaran pahala yang besar.
Bukan semua kita mampu untuk bangun malam mendirikan qiamullail dengan solat tahajud, taubat, tasbih, hajat dan sebagainya. Oleh itu, ambillah peluang yang disediakan oleh Allah dalam bulan Ramadan ini untuk melipat-gandakan ibadat agar kita menjadi orang yang mendapat pengampunan Allah selepas bulan yang mulia ini.
Bagi yang ingin solat tahajud pada sepertiga malam, tidak ada masalah walaupun sudah melaksanakan solat witir dengan imam. Teruskan solat-solat sunat anda dan tidak perlu lagi mengulang solat witir. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak ada dua witir dalam satu malam.” (Riwayat Ahmad)
Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam kata-kata Jibril Alaihissalam yang mendoakan kerugian besar bagi beberapa golongan, antaranya sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Rugi besar bagi seseorang yang sempat memasuki bulan Ramadan, kemudian keluar daripadanya tetapi tidak terampun dosa-dosanya.” (Riwayat at-Tirmidzi)
Demikianlah Artikel Jangan balik sebelum solat witir berjemaah
Sekianlah artikel Jangan balik sebelum solat witir berjemaah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jangan balik sebelum solat witir berjemaah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/jangan-balik-sebelum-solat-witir.html