Judul : Kelantan janji ‘rumah batu’ jika Orang Asli setuju pindah
link : Kelantan janji ‘rumah batu’ jika Orang Asli setuju pindah
Kelantan janji ‘rumah batu’ jika Orang Asli setuju pindah
Aktivis Orang Asli turut mendakwa berdasarkan pengalaman lepas segala janji yang dibuat gagal ditunai pihak kerajaan.
PETALING JAYA: Penduduk Orang Asli Gua Musang dijanjikan ‘rumah batu’ oleh kerajaan Kelantan jika mereka memberi laluan kepada projek empangan Nenggiri, kata aktivis Orang Asli yang tidak yakin dengan ‘pampasan’ terbaharu itu.
Katanya, berdasarkan pengalaman lepas rata-rata penduduk yang dijanjikan dengan pelbagai tawaran gagal ditunaikan pihak kerajaan dan ia hanyalah janji kosong.
“Berdasarkan pengalaman apa yang berlaku di perkampungan Orang Asli Hulu Jelai, segala janji yang dibuat mereka (kerajaan) tidak boleh diguna pakai sebenarnya,” katanya kepada FMT.
Laporan Utusan memetik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA) Pos Tohoi, Zainal Chali sebagai berkata, 200 buah keluarga Orang Asli di kawasan itu bersedia untuk memberi laluan terhadap projek empangan Nenggiri.
Zainal mendakwa penduduk bersetuju memilih Kampung Kuala Yai sebagai penempatan baharu mereka sekiranya projek itu diteruskan dan mereka akan berpindah dari Pos Tohoi jika kerajaan setuju dengan syarat mereka.
Mengulas lanjut, Mustafa berkata, tidak semua penduduk kampung terlibat dengan pembinaan kawasan empangan bersetuju untuk berpindah.
“Sebenarnya hanya 2 kampung bersetuju untuk berpindah manakala 6 kampung yang turut terkesan dengan projek tersebut membantah,” kata beliau sambil menambah, antara kampung yang membuat bantahan ialah Kampung Lah,Kampung Kuala Wook,Kampung Bering Baru,Kampung Bering Lama,Pos Pasik dan Pos Simpor.
“Rata-rata mereka membuat bantahan kerana mendakwa kesan daripada projek tersebut, banyak kawasan sumber makanan dan kawasan wilayah adat terjejas,” katanya.
Kata beliau, pihaknya akan menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan Kelantan dalam masa terdekat.
Dilaporkan kira-kira 200 keluarga Orang Asli akan kehilangan rumah mereka apabila kawasan yang merentangi 5,834 hektar akan dibanjiri bagi projek empangan berkenaan.
Demikianlah Artikel Kelantan janji ‘rumah batu’ jika Orang Asli setuju pindah
Sekianlah artikel Kelantan janji ‘rumah batu’ jika Orang Asli setuju pindah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kelantan janji ‘rumah batu’ jika Orang Asli setuju pindah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/kelantan-janji-rumah-batu-jika-orang.html