Kes Dera: Hairil Amsyar Sering Mengadu Sakit - Ibu

Kes Dera: Hairil Amsyar Sering Mengadu Sakit - Ibu - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Dera: Hairil Amsyar Sering Mengadu Sakit - Ibu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Dera: Hairil Amsyar Sering Mengadu Sakit - Ibu
link : Kes Dera: Hairil Amsyar Sering Mengadu Sakit - Ibu

Baca juga


Kes Dera: Hairil Amsyar Sering Mengadu Sakit - Ibu

Kuala Terengganu - Muhammad Hairil Amsyar Abdul Rahman,5, yang meninggal dunia dipercayai akibat didera bapa tirinya di Felda Tenang, Besut, awal pagi semalam hanya mula petah bercakap sejak setahun lalu.

Sepanjang tempoh itu kata-kata yang kerap keluar dari mulut kanak-kanak malang ini adalah "Aduh, sakit... Abah buat" apabila ada dalam kalangan ahli keluarga bertanyakan tentang lebam-lebam pada anggota badannya.

Namun difahamkan tiada sebarang langkah diambil susulan daripada keadaan anak malang itu.

Ibunya, Nor Syafiqah Abd. Kadir, 27, mendakwa, ini bukan kali pertama anaknya diperlakukan sebegitu kerana sejak dia berkahwin dengan lelaki berusia 38 tahun itu pada 2014, anaknya sering menjadi tempat untuk suaminya melepaskan kemarahan sekiranya mereka bergaduh.

Menurut Nor Syafiqah, Amsyar pernah dimasukkan ke Hospital Serdang akibat kecederaan di kepala dan usus ketika mereka tiga beranak menetap di Kuala Lumpur pada 2015 malah, suaminya telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan.

"Masa kami baru kahwin, dia pernah pukul saya tetapi saya melawan jadi dia lepaskan kemarahan pada anak. Di hadapan orang dia tunjuk baik dan sayang tetapi di belakang, hanya kami yang tahu sikap sebenarnya.

"Kali terakhir dia pukul Amsyar pada Ramadan lepas. Petang sebelum kejadian pula, dia ada bawa anak saya keluar menaiki motosikal dan apabila balik ke rumah dia cakap mereka jatuh motosikal.

"Tetapi saya tak nampak apa-apa luka cuma muka Amsyar nampak sedih," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Muhammad Hairil Amsyar disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Daerah Besut kira-kira pukul 3.30 pagi dengan kesan lebam lama dan baharu.


Demikianlah Artikel Kes Dera: Hairil Amsyar Sering Mengadu Sakit - Ibu

Sekianlah artikel Kes Dera: Hairil Amsyar Sering Mengadu Sakit - Ibu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Dera: Hairil Amsyar Sering Mengadu Sakit - Ibu dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/kes-dera-hairil-amsyar-sering-mengadu.html

Subscribe to receive free email updates: