Judul : Kit Siang Makan Dalam Talam, Strategi Tarik Undi Melayu-Islam
link : Kit Siang Makan Dalam Talam, Strategi Tarik Undi Melayu-Islam
Kit Siang Makan Dalam Talam, Strategi Tarik Undi Melayu-Islam
Kit Siang bersama-sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Husin Mat Isa, aktivis PAN yang dilantik Kerajaan Negeri Pulau Pinang. berbuka puasa selepas bertemu masyarakat tempatan di Kampung Bahru dan Kampung Bakau Tua, dan membuka pusat khidmat terbaru DAP di Taman Penaga Permai.
Seorang lagi aktivis PAN, Mohd Radzi Wahab yang turut berada di situ memberitahu pihaknya akan sedaya mungkin untuk memulihkan imej DAP yang dilabel anti-Melayu dan anti-Islam.
“DAP bukan jahat. Saya sangat gembira lihat Kit Siang di sini lagi,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Sebelum ini, Suara Akar Umbi – VoG melaporkan Penang Institute ‘think tank DAP’ di bawah Zairil Khir Johari dalam kajian terbarunya menunjukkan sokongan Melayu kepada DAP merosot teruk antara faktornya ialah serangan UMNO sebelum ini ditangkis terutama oleh PAS tidak berlaku lagi setelah PAS putus hubungan dengan DAP.
“Malah serangan UMNO menjadi makin parah kerana ada sesetengah ahli PAS menyebar luas serangan ini membuatkan imej sebenar DAP terbongkar,” lapornya.
DAP dilaporkan berusaha memperbaiki imejnya dengan melantik beberapa muka Melayu seperti Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Zaidi Ahmad yang menjadi orang perantaraan untuk mengatur majlis berbuka puasa untuk disebarluaskan kepada masyarakat Melayu-Islam.
Share this
Demikianlah Artikel Kit Siang Makan Dalam Talam, Strategi Tarik Undi Melayu-Islam
Sekianlah artikel Kit Siang Makan Dalam Talam, Strategi Tarik Undi Melayu-Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kit Siang Makan Dalam Talam, Strategi Tarik Undi Melayu-Islam dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/kit-siang-makan-dalam-talam-strategi.html