Judul : Kurup: Jangan biarkan kumpulan pinggiran ambil alih agenda nasional
link : Kurup: Jangan biarkan kumpulan pinggiran ambil alih agenda nasional
Kurup: Jangan biarkan kumpulan pinggiran ambil alih agenda nasional
Menteri berkata seruan mengharamkan evangelikalisme tidak berperlembagaan dan bercanggah prinsip 'wasatiyyah' yang didokong Perdana Menteri Najib Razak.
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup memberi amaran kepada negara agar tidak membiarkan kumpulan pinggiran mengambil alih agenda nasional dengan meniupkan kebencian dan kecurigaan demi kepentingan peribadi.
Ahli Parlimen dari Sabah itu mengecam idea yang diajukan Pusat Adkovasi dan Penyelidikan Hak Asasi Manusia (Centhra) dan ketua pegawai eksekutifnya Azril Mohd Amin.
“Idea dan kumpulan seperti inilah yang merobohkan fabrik sosial yang menyatukan negara majmuk ini sejak kemerdekaan,” katanya.
“Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan orang ramai bebas mengamalkan kepercayaan mereka, tanpa mengira latar belakang,” tambahnya dalam kenyataan.
Beliau berkata cadangan mengharamkan evangelikalisme Krisitian serupa dengan merampas hak asasi golongan itu dan menghina kesucian Perlembagaan.
“Mengajukan idea tidak sihat itu di bulan suci orang Islam menjadikan idea itu lebih menjijikkan,” tambah Kurup, yang bertanggungjawab ke atas perpaduan negara.
Beliau menambah idea Centhra bercanggah dengan prinsip “wasatiyyah” yang didokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, prinsip yang mengangkat reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa kerana membawa Islam dalam bentuk progresif.
“Kita perlu terus membina dan membangunkan Malaysia menjadi masyarakat moden, diberkati budaya unik tersendiri dan kepelbagaian bagi mengukuhkan lagi kisah kejayaan kita,” katanya.
Azril dalam kolum yang disiarkan Utusan Malaysia 15 Jun lalu berkata kerajaan membuat keputusan tepat apabila mengarahkan polis mengharamkan himpunan “Jerusalem Jubilee” anjuran kumpulan evangelikal All Malaysian-Golden Gate Revival Convocation di Melaka pada 15-18 Jun.
Beliau mendakwa gerakan itu memunculkan sikap beragama baharu 20 tahun dahulu yang cenderung terhadap kebebasan “tanpa batas” dan keterbukaan “tanpa kawalan”.
Beliau mendakwa ramai sarjana Kristian akui kecenderungan gerakan itu membawa kesan buruk kepada pertumbuhan gereja.
Azril berkata kerajaan perlu menimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang anti-evangelikalisme demi menghalang gerakan itu mendominasi dakyah Kristian.
“Pada hakikatnya, kelompok yang masih cuba untuk menyebarluaskan dakyah agama Kristian kepada rakyat Malaysia, khususnya kepada umat Islam akan terus berusaha kerana percaya tiada undang-undang berkesan yang boleh menghalang mereka,” katanya
Demikianlah Artikel Kurup: Jangan biarkan kumpulan pinggiran ambil alih agenda nasional
Sekianlah artikel Kurup: Jangan biarkan kumpulan pinggiran ambil alih agenda nasional kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kurup: Jangan biarkan kumpulan pinggiran ambil alih agenda nasional dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/kurup-jangan-biarkan-kumpulan-pinggiran.html