Judul : Lelaki Telefon Bomba Minta Hantar Keluarga Balik Kampung
link : Lelaki Telefon Bomba Minta Hantar Keluarga Balik Kampung
Lelaki Telefon Bomba Minta Hantar Keluarga Balik Kampung
Kuching - Dua anggota dari Balai Bomba Sungai dan Penyelamat Sungai Merah di Sibu hari ini membuktikan tugas mereka tidak hanya terhad memadam kebakaran dan menjalankan operasi menyelamat.Biarpun menerima panggilan ‘palsu’ anggota berkenaan terus memberi bantuan khidmat kemanusiaan terhadap tiga sekeluarga yang menghadapi masalah menjelang sambutan Hari Gawai Dayak esok.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii terdahulu pihaknya menerima panggilan kira-kira 3.28 petang dari seorang lelaki memaklumkan jalan ke rumahnya banjir sebelum anggota bersama sebuah lori digerakkan ke lokasi.
“Setibanya anggota di lokasi iaitu di bulatan Sibu-Bintulu kira-kira 3.54 petang didapati tiada kejadian banjir berlaku.
Sebaliknya pemanggil menggunakan talian 999 untuk mendapatkan bantuan selepas isteri Roseline Ngamang, 25, bapa mertua Ngamang Kiai, 61, dan anak perempuan Rabellina Sikie,2 , diturunkan di situ oleh pemandu bas kerana tiada wang,” katanya di sini hari ini.
Ling Hii berkata wanita itu memaklumkan suaminya yang berada di Bintulu dan tidak dapat pulang bercuti mengambil keputusan membuat panggilan ke talian 999 bagi membantu mereka.
Beliau berkata atas dasar kemanusiaan anggota tersebut kemudian bertindak menghantar mereka bertiga ke destinasi yang dituju iaitu di Rumah Edward Chendang yang terletak kira-kira 34km dari tempat ditinggalkan itu.
Demikianlah Artikel Lelaki Telefon Bomba Minta Hantar Keluarga Balik Kampung
Sekianlah artikel Lelaki Telefon Bomba Minta Hantar Keluarga Balik Kampung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Telefon Bomba Minta Hantar Keluarga Balik Kampung dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/lelaki-telefon-bomba-minta-hantar.html