Judul : Lori terbalik di Terowong Menora, amaran Amanah Perak jadi realiti
link : Lori terbalik di Terowong Menora, amaran Amanah Perak jadi realiti
Lori terbalik di Terowong Menora, amaran Amanah Perak jadi realiti
MALAYSIA DATELINEGesaan Amanah Perak agar kerajaan negeri menyelesaikan isu 'kawasan hitam' Lebuhraya Utara-
Selatan (Plus) khususnya di laluan terowong Menora - Kuala Kangsar tambah mendesak dengan kemalangan terbaru membabitkan sebuah lori pagi ini.
Menurut maklumat daripada netizen yang tular di media sosial, sebuah lori terbalik dan menghalang jalan selepas terowong Menora menuju ke Kuala Kangsar mengakibatkan kesesakan teruk di laluan tersebut.
Tiada maklumat berhubung nasib pemandu dan kalendan lori tersebut dan jumlah kenderaan yang terlibat.
Para pengguna lebuh raya untuk ke utara dinasihatkan melalui jalan lama ke Sungai Siput seterusnya ke Kuala Kangsar bagi mengelak kesesakan lalulintas.Amanah negeri Perak baru-baru ini menggesa kerajaan negeri agar tidak 'lepas tangan’ berhubung usaha mencari jalan alternatif bagi kawasan yang berisiko tinggi dan berbahaya kepada pengguna terutamanya pada musim perayaan ini.
Pengerusinya Asmuni Awi berkata, sebelum ini, terdapat sebuah syarikat yang mencadangkan pembinaan lebuhraya baru dari Jelapang-Selama-Batu Kawan (Jelas) namun malangnya ia terhenti begitu sahaja dan tiada kesungguhan kerajaan negeri mendapatkan sokongan kerajaan persekutuan.
Sedangkan katanya, kerajaan negeri Perak turut sama menguar-uarkan usaha ini.
"Amanah Perak yang telah membangkitkan perkara ini sebelumnya ingin melihat usaha yang dilakukan oleh syarikat tersebut dapat membantu pengguna yang ingin ke utara atau dari utara yang ingin ke Ipoh khasnya mendapat satu lagi jalan alternatif dan selamat untuk sampai ke destinasi yang ditujui khasnya," katanya dalam satu kenyataan.
Asmuni merujuk kemalangan yang melibatkan sebuah lori yang terbalik dan melintang jalan menyebabkan kesesakan panjang.
"Walaupun tidak mengakibatkan kematian namun situasi ini cukup perit bagi pengguna Lebuhraya Plus untuk ke utara yang terpaksa menempuh jalan yang sukar dan memakan masa yang lama untuk sampai ke tempat yang dituju," katanya.
Menurut beliau juga, walaupun kerajaan persekutuan telah meluluskan projek Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang bermula dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak tetapi ia tidak menyelesaikan masalah laluan berbahaya pengguna Lebuhraya Plus dari Tanjung Malim ke utara.
Justeru, katanya, Amanah Perak mendesak agar kerajaan negeri menyuarakan pandangan pelbagai pihak demi keselamatan pengguna jalan tersebut dengan segera.
"Laluan dari Terowong Menora-Sungai Perak cukup dengan sejarah hitam dan banyak yang telah terkorban apabila melalui laluan tersebut," katanya.
Demikianlah Artikel Lori terbalik di Terowong Menora, amaran Amanah Perak jadi realiti
Sekianlah artikel Lori terbalik di Terowong Menora, amaran Amanah Perak jadi realiti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lori terbalik di Terowong Menora, amaran Amanah Perak jadi realiti dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/lori-terbalik-di-terowong-menora-amaran.html