Malaysia sasar kurangkan jumlah perokok

Malaysia sasar kurangkan jumlah perokok - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia sasar kurangkan jumlah perokok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia sasar kurangkan jumlah perokok
link : Malaysia sasar kurangkan jumlah perokok

Baca juga


Malaysia sasar kurangkan jumlah perokok

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarkan untuk mengurangkan jumlah perokok kepada 15 peratus menjelang 2025 dan kepada kurang lima peratus pada 2045, sejajar sasaran menjadikan negara bebas asap rokok.
 
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata bagi mencapai matlamat itu, Kementerian Kesihatan menggiatkan usaha pemerkasaan dan promosi kesihatan secara menyeluruh bagi membantu golongan perokok menghentikan tabiat tidak sihat itu.
 
Katanya kerajaan melakukan pelbagai inisiatif seperti menaikkan cukai eksais rokok, meletakkan amaran kesihatan bergambar pada kotak rokok dan larangan merokok di hampir kesemua tempat awam untuk memerangi tabiat buruk itu .
 
"Kita harapkan supaya rakyat mengambil serius mesej yang dibawa kerajaan dalam memerangi rokok dan bekerjasama bersama kita dalam melahirkan negara bebas rokok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2017 di ibunegara semalam.
 
Hari Tanpa Tembakau Sedunia disambut pada setiap 31 Mei di seluruh dunia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dalam isu produk tembakau yang memudaratkan kesihatan.
 
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kesihatan Kebangsaan 2015 menunjukkan bahawa 22.8 peratus yang bersamaan lima juta rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas adalah perokok, dengan majoritinya adalah lelaki iaitu 43 peratus merupakan kumpulan masih produktif dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
 
Subramaniam berkata negara perlu membelanjakan RM2.92 bilion setahun bagi kos merawat penyakit-penyakit berkaitan yang disebabkan amalan merokok.
 
Secara purata, rakyat Malaysia membelanjakan RM178 sebulan bagi tujuan merokok.
 
"Bayangkan betapa banyak peluang keemasan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan keluarga jika dibandingkan dengan perbelanjaan untuk membeli rokok," katanya.
 
Subramaniam berkata penyertaan dan kerjasama yang lebih luas antara sektor awam, swasta, bukan kerajaan serta masyarakat amat penting dalam memastikan pelaksanaan kawalan tembakau yang berkesan di seluruh negara.
 
 


Demikianlah Artikel Malaysia sasar kurangkan jumlah perokok

Sekianlah artikel Malaysia sasar kurangkan jumlah perokok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia sasar kurangkan jumlah perokok dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/malaysia-sasar-kurangkan-jumlah-perokok.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :