Judul : Menyorot Perbezaan Konsep Kepimpinan Bn Vs PH
link : Menyorot Perbezaan Konsep Kepimpinan Bn Vs PH
Menyorot Perbezaan Konsep Kepimpinan Bn Vs PH
Oleh HAYAR HASSAN
Saya amat cukup teruja apabila membaca berita berkaitan Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI) menolak tawaran calon Perdana Menteri sendainya Pakatan Harapan(PH) memenangi PRU ke 14 nanti.
DSAI sepertinya amat termaklum akan rintangan undang-undang dan teknikal yang terpaksa dilalui oleh pimpinan PH seandainya PH masih mahu mengangkatnya menjawat jawatan Perdana Menteri itu. Gerak kerja untuk merealisasikan impian sesetengah pimpinan PH itu mungkin akan mengurangkan fokus terhadap matlamat utama memenangi PRU ke 14.
Sebelumnya Tun Dr Mahathir Mohammad, Penasihat Bersatu juga secara halus telah menolak untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri seandainya PH memenangi PRU ke 14 nanti. Tun Dr Mahathir Mohammad sebaliknya menyatakan bahawa, beliau akan cuba memikirkannya seandainya dipersetujui oleh pimpinan PH. Kenyataan kedua-dua tokoh PH ini adalah agak luarbiasa dalam senario politik Malaysia dan boleh dikatakan fenomena baru dalam politik tanah air tercinta ini.
Lazimnya UMNO akan mengatakan bahawa jawatan Perdana Menteri itu adalah hak mutlak UMNO. Pemimpin-pemimpin lain dalam BN jangan mimpi untuk menjawat jawatan keramat tersebut.
Dikhabarkan sesiapa yang di luar UMNO yang bercita-cita untuk mendapatkan jawatan keramat ini akan menerima padahnya. Sepertinya ianya semacam sudah menjadi suatu tahyul bahawa jawatan Perdana Menteri Malaysia adalah hak eksklusif UMNO !
Dikatakan UMNO-BN telah bertindak terhadap pertubuhan Al Arqam disebabkan kenyataan ketuanya, Allahyarham “Abuya “ Shaari Mohamad bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Kita tidak tahu sama ada penolakan Tun Dr Mahathir Mohammad dan DSAI itu ada kaitannya dengan kepercayaan karut ini.
Namun demikian, seperti yang saya utarakan sebelum ini, penolakan Tun Dr Mahathir Mohammad dan DSAI terhadap jawatan Perdana Menteri itu adalah suatu fenomena baru dalam pemahaman konsep kepimpinan PH. Konsep kepimpinan PH sebenarnya berbeza dengan BN. Ini yang saya ingin soroti dalam tulisan ringkas ini.
Semenjak merdeka sehingga sekarang, parti-parti dalam Perikatan/Barisan Nasional(BN) sudah dibiasakan dengan konsep pengurusan “Abang Long”. Secara mudahnya, parti-parti dalam komponen Perikatan/BN perlu akur terhadap polisi dan keputusan yang telah ditetapkan oleh UMNO.
Sebarang usaha yang dilihat tidak sealiran dengan UMNO akan dikecam dengan hebat oleh pemimpin-pemimpin UMNO, terutamanya dalam Mesyuarat Agong Tahunan UMNO . Parti-parti komponen dalam Perikatan/BN adalah disifatkan sebagai adik-adik dan UMNO adalah “Abang Long”. Dalam budaya Melayu, “ Adik-adik tidak boleh melawan Abang Long !”, walau pun keputusan “Abang Long” itu bukan lah keputusan yang terbaik !
Sebarang ketidakpuasan hati terhadap polisi-polisi yang telah ditetapkan oleh UMNO dalam Perikatan/BN hendaklah dipendamkan sahaja. Sekiranya ada percubaan parti-parti komponen yang ingin melawan UMNO, parti-parti tersebut akan ditendangkeluar atau dilenyapkan. Itulah yang telah berlaku kepada USNO, BERJAYA, PPP dan PAS.
Berlainan pula dengan konsep kepimpinan PH[dahulunya Pakatan Rakyat(PR)].Daripada apa yang boleh kita kutip, dalam membuat sebarang keputusan besar dan penting, Majlis Presiden PH mengamalkan ciri konsensus(consensus) yang membawa erti mudah – persetujuan sebulat suara atau kata sepakat. Dikatakan sebarang keputusan penting dan besar seperti menentukan calon-calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri(DUN) akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH.
Perlu kita akui, bukan semua keputusan besar itu boleh dibuat secara sebulat suara ! Berhadapan dengan kepentingan peribadi, kelompok dan agama, kadang kala amat terlalu sukar untuk mencapai suatu keputusan sebulat suara. Contohnya dalam membuat keputusan calon Perdana Menteri PH. Sampai sekarang Majlis Presiden PH masih belum dapat membuat sebarang keputusan.
Majlis Presiden PH mungkin dengan mudah dan tanpa mengambil masa yang panjang boleh bersetuju dalam mengatur strategi-strategi mengalahkan BN dalam PRU ke 14.
Namun tidak begitu untuk keputusan Majlis Presiden PH buat menentukan calon Perdana Menteri sebelum menghadapi PRU ke 14. Ianya tidak lah semudah seperti membeli juadah berbuka puasa bulan Ramadan ! Inilah yang membuatkan sampai sekarang Majlis Presiden PH masih belum menentukan calon Perdana Menteri . Semua pemimpin dan penyokong PH diminta bersabar dan kita serahkan lah kepada kebijaksanaan pimpinan PH. “Biar lah mereka pecah kepala memikirkannya.” Kata seorang teman apabila diajukan soalan tersebut.
Memahami dan menghayati konsep membuat sebarang keputusan besar dan penting dalam PH secara konsensus bukan lah suatu perkara yang mudah kerana ianya suatu yang baru. Tidak dapat digambarkan bagaimana lamanya Majlis Presiden PH bermesyuarat ,membincangkan isu calon Perdana Menteri ini.
Pemimpin-peminpin dalam Majlis Presiden PH ini memerlukan kesabaran, kebijaksanaan berhujah, memerlukan skil yang luarbiasa untuk dapat meyakinkan lain-lain pemimpin menerima hujahnya dan juga sifat berlapang dada apabila pandangannya sukar diterima oleh orang lain. Pemimpin yang tidak dapat meraikan perbezaan pendapat tentulah sukar untuk duduk lama dalam sebarang mesyuarat Majlis Presiden PH.
Mungkin inilah sebabnya yang menyebabkan Presiden Pas jarang menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat suatu masa dahulu. Sifat tidak mampu meraikan perbezaan pendapat akhirnya akan menimbulkan perasaan benci dan dendam yang berpanjangan terhadap pihak-pihak yang tidak sekata dengan kita. Tidak hairanlah akhirnya Pas keluar daripada Pakatan Rakyat dan kini lebih membenci DAP dan AMANAH daripada UMNO-BN. Kata anak muda sekarang, “ Berubah 360 darjah!”.
Terkini, adalah suatu yang melucu dan membingungkan apabila Presiden Pas boleh berkata, “Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim pihak dalaman kita, biar kita yang tanggong sendiri dan akhirnya berkat kesabaran, pasti sedar dan insaf”.
Adalah jelas bahawa Pas akan terus membela segala kemungkaran ekonomi dan politik dalam Negara ini yang dilakukan oleh UMNO-BN sebagai melempiaskan rasa benci dan dendam segelintir pemimpinnya terhadap DAP dan Amanah. Seperti kata pepatah Melayu lama “ Biarkan lah Si Luncai terjun dengan labu-labunya”.
“Taqabbalallahu minna wa minkum( Semoga Allah menerima amalan dari kami dan dari kalian)” Sekian, Terima Kasih Sumber:http://ift.tt/2tqv3w6;
Demikianlah Artikel Menyorot Perbezaan Konsep Kepimpinan Bn Vs PH
Sekianlah artikel Menyorot Perbezaan Konsep Kepimpinan Bn Vs PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Menyorot Perbezaan Konsep Kepimpinan Bn Vs PH dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/menyorot-perbezaan-konsep-kepimpinan-bn.html