MH128 pulang malam ini, kata menteri

MH128 pulang malam ini, kata menteri - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MH128 pulang malam ini, kata menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MH128 pulang malam ini, kata menteri
link : MH128 pulang malam ini, kata menteri

Baca juga


MH128 pulang malam ini, kata menteri

 
Liow Tiong Lai berkata pihak berkuasa Australia sedang memeriksa pesawat supaya penumbang dalam keadaan selamat.


Liow-Tiong-Lai-mh128

PETALING JAYA: Penerbangan Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur yang terpaksa berpatah balik ke Melbourne semalam akan berlepas pulang hari ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow berkata penerbangan MH128, yang ditukar kod ke MH128D atas sebab operasi, hanya akan berlepas selepas pihak berkuasa Australia mengesahkan aspek keselamatan penumpang.

“Mereka dalam proses memeriksa pesawat bagi meamstikan keselamatan penumpang. Selepas proses itu pesawat akan dibenarkan pulang ke Malaysia hari ini,” katanya memetik laporan The Star.

Penerbangan MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Tullamarine malam tadi selepas seorang penumpang menjadi agresif.

Pesawat yang membawa lebih 300 penumpang dan anak kapal berlepas dari Melbourne pada 11.11 malam waktu tempatan dan dijangka tiba di KLIA 5.28 pagi waktu Malaysia. Ia selamat mendarat pada 11.41 malam waktu tempatan.

Menurut laporan itu, Liow tidak mahu berspekulasi sama ada lelaki bermasalah itu dalam keadaan mabuk, dan berkata pihak berkuasa Australia akan mengumumkan hasil siasatan mereka.

“Apa yang penting adalah keselamatan penumpang. Saya akan keluarkan kenyataan memaklumkan perkembangan seterusnya hari ini,” kata Liow.

Malaysia Airlines mengemaskini kenyataan mereka pagi tadi dan menafikan ada cubaan merampas pesawat.

“Malaysia Airlines ingin tekankan pesawat itu tidak dirampas.

“Berikutan kejadian MH128, penumpang bermasalah itu diberkas pihak keselamatan lapangan terbang. Malaysia Airlines bersama pihak berkuasa Australia akan menyiasat kejadian itu,” kata mereka, dan menambah semua penumpang dan anak kapal selamat didaratkan selepas pesawat pulang ke Melbourne.

Sementara itu, Liow berkata kementerian pengangkutan tidak merancang untuk mengenakan sebarang syarat membawa komputer riba dan peranti tablet menaiki pesawat komersial.

“Kita tidak akan ikut langkah Amerika Syarikat kerana ia bukan syarat yang dikenakan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO),” katanya lapor The Star.

Beliau merujuk kepada langkah Rumah Putih melarang peranti seperti itu dibawa menaiki penerbangan ke Amerika Syarikat dari 10 lapangan terbang Afrika dan Timur Tengah.



Demikianlah Artikel MH128 pulang malam ini, kata menteri

Sekianlah artikel MH128 pulang malam ini, kata menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MH128 pulang malam ini, kata menteri dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/mh128-pulang-malam-ini-kata-menteri.html

Subscribe to receive free email updates: