Miros, JKR buat kajian kemalangan jalan raya

Miros, JKR buat kajian kemalangan jalan raya - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Miros, JKR buat kajian kemalangan jalan raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Miros, JKR buat kajian kemalangan jalan raya
link : Miros, JKR buat kajian kemalangan jalan raya

Baca juga


Miros, JKR buat kajian kemalangan jalan raya




Miros, JKR buat kajian kemalangan jalan raya
Tiong Lai memberikan duit raya kepada kanak-kanak sempena Majlis Jamuan Hari Raya di Rancangan Tanah Persekutuan (RTP) Lebu di sini, hari ini
 
BENTONG - Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya (Miros) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya untuk melakukan kajian dan ketelitian tentang kemalangan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penelitian yang dilakukan bukan sahaja dari segi kecuaian manusia malah faktor keadaan jalan juga turut diambil kira.

Menurutnya, kajian ini harus dilakukan kerana masih terdapat banyak kemalangan yang berlaku walaupun banyak kempen keselamatan telah dihebahkan

"Saya merasa amat sedih kerana kemalangan masih meningkat dan berlaku walaupun kempen keselamatan jalan raya telah dibuat sebelum hari raya dan dihebahkan di media bertalu talu dan kita telah org ramai pandu cermat jiea selamat

"Namun saya lihat masih lagi banyak kemalangan maut yang serius di mana kelajuan itu membunuh. Saya dah arahkan pihak Miros dan JKJR untuk kita buat lebih banyak penelitian selain darinya berpunca dari manusia

"Sukar untuk kita elakkan dan kita hanya boleh meningkatkan kesedaran namun kita juga perlu meneliti keadaan jalan raya seperti kawasan yang sering berlaku kemalangan itu boleh kita perbaiki kualiti jalan ataupun struktur jalanraya seperti selekoh," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya di Rancangan Tanah Persekutuan (RTP) Lebu di sini, hari ini

Tiong Lai berkata kerajaan dari semasa ke semasa akan menaikan taraf jalan raya yang telah dikenal pasti merupakan kawasan yang berbahaya supaya kemalangan dapat dikurangkan di negara ini.

Dalam pada itu, beliau berkata lebih daripada 80 peratus kemalangan berpunca daripada kecuaian manusia yang tidak mematuhi undang-undang.

"Oleh itu kita telah laksanakan Awas dan Kejara yg diharap dapat mengurangkan kemalangan jalan raya dan dapat mengubah sikap pemandu.

"Saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati memandu di jalan raya. Saya berasa sedih kerana sepatutnya hari raya adalah hari gembira tetapi kemalangan masih lagi berlaku," katanya.



Demikianlah Artikel Miros, JKR buat kajian kemalangan jalan raya

Sekianlah artikel Miros, JKR buat kajian kemalangan jalan raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Miros, JKR buat kajian kemalangan jalan raya dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/miros-jkr-buat-kajian-kemalangan-jalan.html

Subscribe to receive free email updates: