Nahas Jempol: Penduduk Gotong Royong Siapkan Kubur

Nahas Jempol: Penduduk Gotong Royong Siapkan Kubur - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nahas Jempol: Penduduk Gotong Royong Siapkan Kubur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nahas Jempol: Penduduk Gotong Royong Siapkan Kubur
link : Nahas Jempol: Penduduk Gotong Royong Siapkan Kubur

Baca juga


Nahas Jempol: Penduduk Gotong Royong Siapkan Kubur

Bachok - Penduduk Kampung Seberang Jelawat, dekat sini, bergotong-royong memasang khemah dan menggunakan jengkaut untuk menggali kubur enam beranak tang maut dalam kemalangan di Kilometer 25 jalan Bahau-Keratong, Negeri Sembilan malam tadi.

Seorang penduduk yang ditemui, Abdullah Awang, 53, berkata, penduduk bersama anggota Angkatan Relawan Rakyat (Rela) ke tanah perkuburan berkenaan pada pukul 10 pagi tadi untuk memastikan khemah tahlil dan liang lahad disempurnakan tanpa sebarang masalah.

“Jarak Tanah perkuburan Islam Seberang Jelawat dengan Masjid Naim yang menjadi tempat persinggahan pertama kesemua jenazah keluarga berkenaan disolatkan ialah kira-kira empat kilometer.

“Saya difahamkan jenazah mereka terus disolatkan dan dikebumikan pada tengah malam ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Presint 2, Putrajaya, Wan Mohd. Fauzi Wan Ibrahim, 51, dan isterinya, Mas Noraida M Yusoff yang bertugas sebagai Ketua Pembantu Tadbir di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Putrajaya terkorban dan rentung dalam kemalangan di Kilometer 25 jalan Bahau-Keratong, semalam.

Turut terkorban, anak-anak mereka, Wan Muhamad Muhaimin, 22; Wan Nor Atirah, 18; Wan Muhamad Amar Haziq, 13, dan Wan Nor Alisha, 7.

Abdullah berkata, Penduduk Kampung Seberang Jelawat mengetahui kejadian itu menerusi berita televisyen malam tadi selain menerima permintaan jawatankuasa tanah perkuburan untuk menggali liang lahad.

“Kita terpaksa mengunakan jengkaut kerana difahamkan jenazah terbabit akan disemadikan dalam satu liang lahad.

“Laluan utama turut dibersihkan bagi membolehkan proses pengebumian dilaksanakan dengan lancar malam ini,” katanya.


Demikianlah Artikel Nahas Jempol: Penduduk Gotong Royong Siapkan Kubur

Sekianlah artikel Nahas Jempol: Penduduk Gotong Royong Siapkan Kubur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nahas Jempol: Penduduk Gotong Royong Siapkan Kubur dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/nahas-jempol-penduduk-gotong-royong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :