Nazir dan AJK Masjid An Nur Kg Melayu Subang yang salah - Aidit Ghazali

Nazir dan AJK Masjid An Nur Kg Melayu Subang yang salah - Aidit Ghazali - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nazir dan AJK Masjid An Nur Kg Melayu Subang yang salah - Aidit Ghazali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nazir dan AJK Masjid An Nur Kg Melayu Subang yang salah - Aidit Ghazali
link : Nazir dan AJK Masjid An Nur Kg Melayu Subang yang salah - Aidit Ghazali

Baca juga


Nazir dan AJK Masjid An Nur Kg Melayu Subang yang salah - Aidit Ghazali

Oleh Zeanaaima Md Yusof
Post Pic
 
 
GOMBAK: Nazir dan ahli jawatankuasa (AJK) Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang patut dipersalahkan atas insiden Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa memasuki ruang solat dan dikatakan membuat ucapan politik.  
 
Penganalisis politik, Datuk Aidit Ghazali berkata nazir dan ajk masjid itu sepatutnya maklum perkara sebegitu amat dimurkai Sultan Selangor sementelah insiden seperti ini bukan kali pertama berlaku.
 
"Dalam hal ini, saya salahkan nazir masjid dan juga jawatankuasa masjid yang sepatutnya sudah tahu. Untuk kata mereka tidak tahu, ini bagi saya adalah penipuan, kerana nak jadi nazir, ajk masjid mereka akan lalui taklimat dan kursus, dan mereka akan tahu perkara ini. 
 
"Ini bukan kali pertama tuanku bertitah dan lebih mencemarkan lagi, ia berlaku di bulan Ramadan," katanya ketika ditemubual Antarapos.
 
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan murka terhadap Sivarasa kerana memasuki masjid dan dikatakan memberikan ucapan berbaur politik.
 
Sivarasa kemudiannya menafikan beliau berucap perihal politik sebaliknya hanya menyampaikan sumbangan kepada ahli qariah masjid itu, mewakili Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
 
Mengulas lanjut, Aidit yang juga bekas Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata beliau amat memahami pendirian baginda bersabit isu politik melibatkan masjid.
 
"Saya tahu pendirian tuanku terhadap perkara-perkara begini. Orang Islam pun tidak boleh bicara hal politik. 
 
"Pendirian tuanku tentang perkara ini bukan isu baru. Ketika saya ahli MAIS dulu pun perkara ini pernah berlaku, itu sebab tuanku murka. 
 
"Dan kemurkaan tuanku itu tidak boleh diambil remeh, sebab kuasa yang ada pada tuanku adalah kuasa yang besar. Jangan sampai kuasa itu mencelarukan keadaan negeri Selangor yang sedia ada," katanya.  
 
Aidit menegaskan bukan hanya ahli politik bukan Islam malah wakil rakyat beragama Islam juga perlu meminta kebenaran jika ingin membuat program dalam kawasan masjid. 
 
"Kalau hendak buat program, apa-apa pun mesti mendapat kelulusan MAIS sebagai badan utama dasar Islam, sebelum mendapat kebenaran JAIS (iaitu) badan pelaksana dasar Islam dan kalau perlu dapatkan perkenan tuanku, mesti dapatkan," katanya.
 
"Kalau nak buat juga dalam kawasan masjid, boleh. Tapi bukan dalam kawasan solat. Ini kenapa sampai nak masuk ruang solat, depan mimbar pula. Dengan dia berbaju Melayu, itu bukan lesen untuk dia bercakap (politik)," ujarnya. 




Demikianlah Artikel Nazir dan AJK Masjid An Nur Kg Melayu Subang yang salah - Aidit Ghazali

Sekianlah artikel Nazir dan AJK Masjid An Nur Kg Melayu Subang yang salah - Aidit Ghazali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nazir dan AJK Masjid An Nur Kg Melayu Subang yang salah - Aidit Ghazali dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/nazir-dan-ajk-masjid-nur-kg-melayu.html

Subscribe to receive free email updates: