Peguam sahkan terima wang Najib, tapi tak tahu puncanya

Peguam sahkan terima wang Najib, tapi tak tahu puncanya - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peguam sahkan terima wang Najib, tapi tak tahu puncanya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peguam sahkan terima wang Najib, tapi tak tahu puncanya
link : Peguam sahkan terima wang Najib, tapi tak tahu puncanya

Baca juga


Peguam sahkan terima wang Najib, tapi tak tahu puncanya

 

Peguam Datuk Ghazi Ishak menafikan sebarang pengetahuan bahawa bayaran yang diterima daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2011, adalah daripada dana berkaitan SRC International.

Sementara itu, peguam Datuk Salehuddin Saidin mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyiasat bayaran bersama yang diterima oleh firmanya daripada Najib pada tahun 2011.

Ghazi dan Salehuddin masing-masing memberitahu Malaysiakini dalam perbualan telefon berasingan bahawa pembayaran RM325,188 telah diagihkan antara mereka dan dua firma guaman yang lain.

Bayaran sebagai yuran guaman itu adalah untuk mengketepikan sepina kepada Najib untuk tampil memberi keterangan dan disoal-balas semasa perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun kedua-dua peguam itu menafikan sebarang pengetahuan bahawa wang berkenaan adalah berkaitan dengan SRC International

"Pada masa itu, saya fikir Najib tandatangan cek itu sendiri, ia tidak datang daripada mana-mana syarikat," kata Ghazi kepada Malaysiakini.

Salehuddin pula berkata "tidak ada sebab untuk mempersoalkan sumber wang itu" dan bahawa mereka tidak diwajibkan untuk menjawab soalan itu.

Najib melantik Ghazi dan Salehuddin pada tahun 2011. Ketika itu, skandal 1MDB masih belum didedahkan.

Mereka mengulas dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli awal hari ini mendakwa Najib menggunakan dana berkaitan SRC International untuk membayar seorang peguam.

Sementara itu, Salehuddin berkata, SPRM mengambil keterangannya tahun lalu dan menyoalnya mengenai pembayaran itu.

"Mereka menyoal tujuan pembayaran, dan dari mana wang itu datang," katanya.

Bagaimanapun peguam itu berkata beliau tidak tahu asal usul wang berkenaan, dan SPRM juga tidak menyebut bahawa kemungkinan ia adalah dana berkaitan SRC International.

Rafizi hari ini membuat dakwaan itu berdasarkan dokumen siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang bocor telah dimuat-naikkan ke blog sprminsider.blogspot.com yang aksesnya telah disekat oleh Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM).

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan dakwaan Rafizi dan telah juga menghubungi SPRM dan setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Shariffudin Tengku Ahmad untuk maklum balas mereka mengenai dakwaan Rafizi.

Ghazi menuntut permohonaan maaf daripada Rafizi kerana mengaitkannya sengan skandal SRC International.

'Dia tidak patut heret kami bersama ketika kami tidak tahu apa-apa," katanya.



Demikianlah Artikel Peguam sahkan terima wang Najib, tapi tak tahu puncanya

Sekianlah artikel Peguam sahkan terima wang Najib, tapi tak tahu puncanya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peguam sahkan terima wang Najib, tapi tak tahu puncanya dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/peguam-sahkan-terima-wang-najib-tapi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :