Penubuhan RCI Forex tiada niat jahat - Salleh

Penubuhan RCI Forex tiada niat jahat - Salleh - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penubuhan RCI Forex tiada niat jahat - Salleh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penubuhan RCI Forex tiada niat jahat - Salleh
link : Penubuhan RCI Forex tiada niat jahat - Salleh

Baca juga


Penubuhan RCI Forex tiada niat jahat - Salleh

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak seharusnya mempolitikkan keputusan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat punca sebenar di sebalik kerugian urus niaga matawang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1980-an dan 1990-an.
 
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata keputusan Kabinet itu dibuat tanpa sebarang niat jahat atau bermotifkan politik, sebaliknya ia adalah syor yang dikemukakan oleh Pasukan Petugas Khas (STF) diketuai bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.
 
"Kabinet membuat keputusan tepat untuk menubuhkan RCI oleh kerana negara dan rakyat inginkan kebenaran.
 
"Keputusan itu dibuat disebabkan kerugian urus niaga matawang asing ini adalah terlalu besar yang mengakibatkan BNM secara teknikalnya menjadi bankrap," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Salleh berkata rancangan PH untuk mengadakan jerayawara berkaitan perkara itu adalah untuk mengelirukan rakyat dan menjejaskan RCI.
 
"Ini jelas sekali menunjukkan bahawa Pakatan Harapan merupakan pembangkang yang gagal disebabkan mereka mengamalkan pilih kasih.
 
"Semasa Mahathir (bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) berada di dalam Umno, mereka mendesak supaya ditubuhkan RCI. Sekarang Mahathir bersama mereka, (tetapi) mereka menolak RCI," katanya.
 
Pada 21 Jun, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Kabinet bersetuju sebulat suara dengan syor STF bahawa terdapat keperluan untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian dalam urus niaga matawang asing oleh BNM.
 
Menurutnya, pasukan petugas itu turut mendapati ada percubaan untuk menyembunyikan fakta sebenar berkaitan kerugian itu, dengan maklumat mengelirukan dikemukakan kepada Kabinet dan parlimen.
 
PMO berkata pasukan petugas itu turut mendapati wujud kes prima facie yang perlu dijawab oleh BNM berhubung kerugian urus niaga matawang asing itu, dan oleh itu, mengesyorkan penubuhan RCI.
 
Sehubungan itu, katanya, penubuhan RCI dijangka merungkai isu yang membelenggu negara sejak 23 tahun lepas.
 
 


Demikianlah Artikel Penubuhan RCI Forex tiada niat jahat - Salleh

Sekianlah artikel Penubuhan RCI Forex tiada niat jahat - Salleh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penubuhan RCI Forex tiada niat jahat - Salleh dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/penubuhan-rci-forex-tiada-niat-jahat.html

Subscribe to receive free email updates: