Percepatkan kes-kes persempadanan semula bimbangkan Badan Peguam

Percepatkan kes-kes persempadanan semula bimbangkan Badan Peguam - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Percepatkan kes-kes persempadanan semula bimbangkan Badan Peguam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Percepatkan kes-kes persempadanan semula bimbangkan Badan Peguam
link : Percepatkan kes-kes persempadanan semula bimbangkan Badan Peguam

Baca juga


Percepatkan kes-kes persempadanan semula bimbangkan Badan Peguam

MALASIAKINI


Presiden Badan Peguam Malaysia ,George Varughese menyuarakan kebimbangan berhubung arahan Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif untuk mempercepatkan cabaran perundangan terhadap persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Varughese berkata manakala cabaran perundangan itu di Selangor dan Melaka, yang telah menghentikan persempadanan semula SPR, dipercepatkan, tetapi tidak pula dengan rayuan terhadap cabaran yang gagal terhadap SPR di Perak.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, sekiranya pentadbiran keadilan hendak dilihat sebagai adil, maka mahkamah mesti mengambil berat, bukan sahaja dalam kes-kes di mana keputusan tidak memihak kepada SPR, tetapi juga dengan kes-kes di mana SPR telah menang dan ada rayuan.

Varughese turut mempersoalkan cara di mana kes-kes di Selangor dan Melaka dipercepatkan, dengan menegaskan bahawa ianya tidak kelihatan mengikut amalan pengarahan kerana kerana tidak ada persetujuan daripada pencabar.

Beliau berkata, pihaknya bersetuju dengan prinsip bahawa perbicaraan mahkamah bagi perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam - seperti cabaran terhadap SPR berhubung persempadanan semula pilihan raya - perlu diberi keutamaan kerana implikasi cabaran perundangan itu adalah luas.

Bagaimanapun, tegasnya, keutamaan kes-kes tersebut tidak boleh menyebabkan semua pihak yang berkaitan tidak mempunyai peluang untuk membuat persediaan yang betul dan teliti untuk perbicaraan.

Katanya, perubahan tergesa-gesa dalam mengatur atau penetapan tarikh pendengaran, tanpa persetujuan pihak-pihak berkaitan, bertentangan dengan Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil.2 Tahun 2011, yang dikeluarkan selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara,

Secara khusus, katanya, Arahan Amalan 2.3.2 tidak membenarkan tarikh sesuatu kes dibawa ke hadapan tanpa persetujuan semua pihak.

Dalam cabaran di Selangor, yang dibawa oleh kerajaan negeri, pengurusan kes telah ditetapkan pada 6 Julai tetapi tiba-tiba dipercepatkan kepada 9 Jun.

Manakala perbicaraannya yang pada mulanya ditetapkan pada 19 Julai, dipindahkan kepada 20 Jun tanpa persetujuan semua pihak.

Dalam cabaran di Melaka, yang dibawa oleh penduduk, pendengaran bagi rayuannya ditetapkan pada 20 Jun walaupun sebelum rayuan dicatatkan oleh Pejabat Peguam Negara bagi pihak SPR.

Menurut Varughese, ia adalah bertentangan dengan amalan di mana tarikh pendengaran tidak ditetapkan sebelum rekod rayuan telah difailkan.

Badan Peguam Malaysia, katanya, menggesa badan kehakiman untuk memastikan bahawa semua kes yang berkaitan dengan cabaran terhadapSPR dijalankan dengan penuh ketelusan dan integriti.

Di samping mengambil kira, tegasnya, keperluan untuk peguam semua pihak untuk mempunyai masa yang mencukupi bagi menyedia dan mengemukakan hujahan bertulis dan lisan.



Demikianlah Artikel Percepatkan kes-kes persempadanan semula bimbangkan Badan Peguam

Sekianlah artikel Percepatkan kes-kes persempadanan semula bimbangkan Badan Peguam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Percepatkan kes-kes persempadanan semula bimbangkan Badan Peguam dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/percepatkan-kes-kes-persempadanan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :