Persatuan Teksi Mahu Individu Lain Teraju SPAD

Persatuan Teksi Mahu Individu Lain Teraju SPAD - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Persatuan Teksi Mahu Individu Lain Teraju SPAD, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Persatuan Teksi Mahu Individu Lain Teraju SPAD
link : Persatuan Teksi Mahu Individu Lain Teraju SPAD

Baca juga


Persatuan Teksi Mahu Individu Lain Teraju SPAD

Shah Alam - Dua persatuan teksi menggesa kerajaan supaya melantik individu lain bagi menerajui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), demi kebaikan industri itu sendiri.

Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor, Datuk Aslah Abdullah berkata, persatuannya berpendapat Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bukan individu yang tepat untuk menerajui SPAD, berdasarkan insiden yang melanda Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) baru-baru ini.

“Kalau kita lihat kepada latar belakangnya, Mohd Isa lebih dilihat sebagai orang politik, berbanding sebagai tokoh perniagaan. Jadi, saya kurang yakin Mohd Isa mampu melonjakkan industri pengangkutan awam ke tahap yang lebih tinggi, lebih-lebih lagi dengan apa yang sedang berlaku terhadap FGV sekarang.

“Saya harap, kerajaan dapat mempertimbangkan semula untuk melantik individu lain untuk menerajui SPAD, bagi menggantikan Tan Sri Syed Hamid Albar,” katanya, Selasa.

Ditanya mengenai ciri calon yang sesuai untuk menerajui suruhanjaya itu, beliau tidak mempunyai calon spesifik yang sesuai untuk bagi menjawat jawatan Pengerusi SPAD.

Namun, beliau berharap individu yang dilantik menjadi menerajui suruhanjaya itu mesti mempunyai latar belakang atau pengalaman luas di dalam bidang pengangkutan awam.

Sementara itu, Pengasas Big Blue Taxi, Datuk Shamsubaharin Ismail mencadangkan kerajaan supaya melantik bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad sebagai pengerusi SPAD yang baharu.

Katanya, Ismail mempunyai pengetahuan luas dan perundangan dalam industri pengangkutan awam, berdasarkan pengalamannya sebagai ketua pengarah jabatan terbabit selama tiga tahun.

“Jadi, saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan saya ini, demi kebaikan industri teksi tempatan.

“Saya bercadang untuk menulis surat kepada Mohd Isa, sebaik sahaja beliau mula bertugas, untuk segera melakukan perjumpaan dengan pemain industri bagi mengetahui selok-belok industri pengangkutan awam,” katanya.


Demikianlah Artikel Persatuan Teksi Mahu Individu Lain Teraju SPAD

Sekianlah artikel Persatuan Teksi Mahu Individu Lain Teraju SPAD kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Persatuan Teksi Mahu Individu Lain Teraju SPAD dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/persatuan-teksi-mahu-individu-lain.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :