Judul : PPBM tidak patut dominasi kuasa dalam PH - Tuan Ibrahim
link : PPBM tidak patut dominasi kuasa dalam PH - Tuan Ibrahim
PPBM tidak patut dominasi kuasa dalam PH - Tuan Ibrahim
Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Pandangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak penguasaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan wajar diberikan perhatian serius.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PPBM tidak sepatutnya cuba mendominasi Pakatan Harapan sementelah ia parti yang baru menyertai gagasan itu.
"Pandangan daripada Anwar itu betul, tak mungkin boleh dua-dua daripada parti Bersatu (PPBM) sebab dominasi dalam PH itu masih lagi pada PKR dan selama ini pun dalam Pakatan Rakyat, PKR yang menerajui.
"Jadi kalau dengan kemasukan Bersatu (PPBM) yang belum dicuba dalam mana-mana pilihan raya, saya fikir pandangan Datuk Seri Anwar itu wajar, maknanya wajar diberi perhatianlah," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Sabtu lalu, Anwar dalam satu kenyataannya melalui ibu pejabat PKR menyatakan bahawa beliau bersetuju sekiranya Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan peranan penting dalam PH, namun menolak penguasaan PPBM dalam jawatan pengerusi dan presiden dalam gagasan itu.
Parti komponen PH kini dikatakan bertelagah mengenai struktur organisasi baru pakatan itu selepas Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak diberikan jawatan utama dan sekadar menjadi timbalan.
Anwar yang dinamakan penasihat dalam senarai itu menolak pengerusi PH mempunyai kuasa pemutus sebaliknya hanya perlu diberi tugas-tugas menyelaras.
Tuan bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Anwar itu.
"Saya fikir kalau pengerusi hanya sebagai penyelaras, dia tiada kuasa, saya fikir dia tak boleh memberi sesuatu arahan dan membuat keputusan dalam mesyuarat, dia mesti ada kuasa sebagai pengerusi yang sebenar.
"Saya fikir betul kalau pengerusi hanya sebagai penyelaras, jadi ia tiada makna dan memang kalau kita lihat dari segi muafakat tu, mesti ada ketua yang dihormati, bukan sekadar ketua untuk pengerusi menyelaras menyuarat-mesyuarat sahaja," ujar Tuan Ibrahim lagi.
Anwar sebelum ini menegaskan ketua setiap parti harus diberi kuasa dan kedudukan yang sama-rata bagi mengekalkan tradisi musyawwarah dan konsensus seperti yang diamalkan Pakatan Rakyat, suatu ketika dahulu.
Demikianlah Artikel PPBM tidak patut dominasi kuasa dalam PH - Tuan Ibrahim
Sekianlah artikel PPBM tidak patut dominasi kuasa dalam PH - Tuan Ibrahim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PPBM tidak patut dominasi kuasa dalam PH - Tuan Ibrahim dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/ppbm-tidak-patut-dominasi-kuasa-dalam.html