Judul : Putar belit GST bukti kerajaan sambil lewa, kata William Leong
link : Putar belit GST bukti kerajaan sambil lewa, kata William Leong
Putar belit GST bukti kerajaan sambil lewa, kata William Leong
KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, berkata, putar belit kerajaan dalam mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas lebih 60 jenis barang makanan yang berkadar sifar, dan akhirnya membatalkan cadangan tersebut seolah-olah mempermainkan rakyat di negara ini.
Menurut William, tindakan berbolak-balik itu menunjukkan kerajaan tidak mempunyai pendirian tetap dan sebenarnya tidak prihatin dengan masalah ekonomi yang sedang dihadapi oleh rakyat ketika ini.
“Ini adalah jeals satu ‘flip flop’. Dalam Dewan Rakyat sebelum ini isu GST dibahaskan, kononnya kerajaan akan bertanggungjawab ke atas keperluan rakyat dan tidak akan mencukai barangan keperluan untuk rakyat miskin di negara ini, tetapi mereka ingkar dengan janji sendiri.
“Selepas umum akan kenakan cukai, rakyat mula menunjukkan kemarahan, akhirnya mereka tarik balik tindakan itu. Bagi saya, kerajaan memang tak jaga kepentingan rakyat. Mi segera pun sebelum ini tak dicukai akhirnya rakyat dicukai secara diam-diam.
“Kerajaan memang tak bertanggungjawab, kalau boleh mereka akan kenakan semua cukai kepada rakyat tak kira dalam apa jua bentuk dan memerah wang orang miskin melalui pengenaan GST keatas makanan orang miskin,” katanya kepada KeadilanDaily.
Semalam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia membatalkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk lebih 60 bahan makanan yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Julai ini.
Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas Kastam mengumumkan yang barangan tersebut akan mula dikenakan GST bermula Julai ini.
Pengarahnya, Datuk Subromaniam Tholasy, berkata perkara itu merujuk Perintah Cukai GST (Pembekalan Kadar Sifar) (pindaan (No.2) 2017 yang diwartakan pada 6 Jun tahun ini.
Menurutnya, impilikasi pewartaan perintah ini akan menyebabkan lebih daripada 60 item makanan seperti ikan belut, todak, jagung, sayuran sejuk beku dan beberapa jenis buah-buahan import serta marjerin tertakluk kepada cukai tersebut.
Demikianlah Artikel Putar belit GST bukti kerajaan sambil lewa, kata William Leong
Sekianlah artikel Putar belit GST bukti kerajaan sambil lewa, kata William Leong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Putar belit GST bukti kerajaan sambil lewa, kata William Leong dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/putar-belit-gst-bukti-kerajaan-sambil.html