Judul : Ramai ahli Umno berbuka dengan Dr M di Kodiang
link : Ramai ahli Umno berbuka dengan Dr M di Kodiang
Ramai ahli Umno berbuka dengan Dr M di Kodiang
Selepas 14 tahun meletakkan jawatan sebagai ketua Umno Kubang Pasu, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya kembali untuk berbuka puasa di Kodiang – pekan kecil dalam parlimen itu.
Walaupun tidak lagi bersama Umno, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata, ramai juga anggota parti lamanya yang hadir dalam acara itu.
“Ramailah juga ahli-ahli Umno Kubang Pasu yang hadir dalam acara iftar itu.
“Saya sedih kerana ramai lagi dari mereka yang masih berada dalam Umno,” kata bekas presiden Umno dan perdana menteri keempat itu.
“Saya sedih kerana ramai lagi dari mereka yang masih berada dalam Umno,” kata bekas presiden Umno dan perdana menteri keempat itu.
Menulis di blognya hari ini, Mahathir berkata, ucapannya dalam acara itu menjelaskan bahawa Umno sekarang bukan lagi seperti Umno yang pernah dipimpinnya.
Umno sekarang, katanya, dirampas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak “untuk menjadi alat pelindung jenayah yang telah dan sedang dilakukan olehnya”.
Mahathir juga membangkitkan isu saman terbaru Jabatan keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) untuk menyita aset berkaitan 1MDB, yang kali ini turut menyebut berkaitan loket mewah yang didakwa diberikan kepada “isteri Malaysian Official 1”.
Sementara itu, Mahathir juga menggesa anggota Umno supaya henti mengkhianati “Umno yang sebenar”.
“Tolaklah Najib dan keluarlah dari 'Umno Najib' untuk menyertai gerakan menjatuhnya dalam pilihan raya. Hentikan dari melindungi makhluk perosak ini.
“Tolaklah Najib dan keluarlah dari 'Umno Najib' untuk menyertai gerakan menjatuhnya dalam pilihan raya. Hentikan dari melindungi makhluk perosak ini.
“Tebuslah balik maruah Melayu, agama Islam,” kata anak Kedah itu.
Mahathir menegaskan matlamat Umno yang sebenar yang hari ini cuma berada dalam BERSATU.
Demikianlah Artikel Ramai ahli Umno berbuka dengan Dr M di Kodiang
Sekianlah artikel Ramai ahli Umno berbuka dengan Dr M di Kodiang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ramai ahli Umno berbuka dengan Dr M di Kodiang dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/ramai-ahli-umno-berbuka-dengan-dr-m-di.html