Rezeki Ramadan mak cik penjual rebung

Rezeki Ramadan mak cik penjual rebung - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rezeki Ramadan mak cik penjual rebung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rezeki Ramadan mak cik penjual rebung
link : Rezeki Ramadan mak cik penjual rebung

Baca juga


Rezeki Ramadan mak cik penjual rebung

MALAYSIAKINI


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia kadang-kadang selepas bertemu mufti.

Boleh dianggap sebagai rezeki Ramadan, seorang wanita penjual rebung kini diberikan sebuah motosikal baru selain bantuan bulanan yang ditambah oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips).

Menceritakan kisah wanita penjual rebung itu Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, wanita terbabit hari ini diberikan sebuah motosikal baru selepas urusan mengenainya diselesaikan.

"Hari ini alhamdulillah Ustaz Nazim Mohd Nor sendiri bawa dia ke kedai beli motorsikal baru.

"Insya-Allah urusan semua selesai. Semoga Allah merahmati Maips dan segala usahanya membantu fakir miskin khususnya yang sanggup berusaha dan tidak hanya meminta-minta," kata Mohd Asri di Facebook beliau.

Nazim ialah ketua pegawai eksekutif Maips.

Kisah wanita penjual rebung itu mula dipaparkan Mohd Asri pada 13 Jun lalu apabila beliau terserempak dengannya di depan sebuah bank ketika hampir tengah malam.

Wanita itu yang menjual rebung serta beberapa makanan segera menjadikan kaki lima bangunan di Kangar untuk mencari rezeki.

Asalnya Mohd Asri bertemu anak wanita itu yang berniaga di depan restoran makanan segera berhampiran. Selepas mendengar kisah si anak barulah beliau mencari wanita terbabit.

Janji bertindak segera

Mohd Asri juga sempat 'memborong' hampir 40 bungkus rebung yang dijual wanita berkenaan walaupun beliau bukanlah penggemar rebung.

"Pagi esok saya akan cari masjid yang sudi terima semua rebung ini untuk dibuat menu berbuka puasa," katanya.

Walaupun menerima bantuan zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat secara bulanan, Mohd Asri berkata, wanita terbabit enggan bergantung kepada ihsan orang semata-mata.

Tambahan pula dia membesarkan tiga orang anak kurang upaya di rumahnya. Justeru wanita terbabit gigih mencari rezeki sendiri dengan berniaga rebung.

Semalam Mohd Asri pergi mencari semula wanita terbabit untuk mengetahui perkembanan terbarunya.

Kata Mohd Asri wanita itu kini menerima bantuan zakat lebih tinggi berbanding sebelumnya tetapi dia masih terbeban dengan belanja membaiki motosikal buruknya.

"Saya kata kepadanya: insya-Allah Maips akan beri mak cik motosikal baru. Cumanya jangan bagi kat anak pula. Mak cik sendiri guna. Dia mengangguk.

"Saya pun telefon sahabat saya Ustaz Nazim. Saya cadangkan supaya esok (hari ini) beri motosikal baru untuk mak cik ini. Beliau berkata insya-Allah beliau akan bertindak segera," katanya.




Demikianlah Artikel Rezeki Ramadan mak cik penjual rebung

Sekianlah artikel Rezeki Ramadan mak cik penjual rebung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rezeki Ramadan mak cik penjual rebung dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/rezeki-ramadan-mak-cik-penjual-rebung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :