'Sebab Aku Jaga Kau Lah Kedai Aku Terbakar'

'Sebab Aku Jaga Kau Lah Kedai Aku Terbakar' - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Sebab Aku Jaga Kau Lah Kedai Aku Terbakar', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Sebab Aku Jaga Kau Lah Kedai Aku Terbakar'
link : 'Sebab Aku Jaga Kau Lah Kedai Aku Terbakar'

Baca juga


'Sebab Aku Jaga Kau Lah Kedai Aku Terbakar'

Dengkil - “Sebab aku jaga kau lah kedai aku terbakar," itu antara kata-kata dilemparkan anak lelaki kepada seorang penghuni pusat jagaan itu yang berusia 98 tahun kira-kira 12 tahun lalu.

Ayat itu tidak boleh dilupakan Pengasas Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas Pulau Meranti, Muji Sulaiman yang sedih dengan sikap anak kepada warga emas, Fatimah (bukan nama sebenar), namun menerima kehadiran wanita tersebut di pusat kebajikan diasaskannya dengan hati terbuka.

“Memang saya tak boleh lupakan kata-kata itu sebab anak dia cakap depan saya, dia seolah-olah menyalahkan ibunya punca kedai runcit diusahakan terbakar dan perniagaan merosot ketika menjaga wanita tersebut.

“Waktu tu saya ada juga tegur perangai anaknya tapi mereka tetap ‘berkeras’ mahu tinggalkan ibunya di pusat jagaan warga emas ini,” katanya warga emas itu tidak pernah tinggal solat sepanjang menghuni pusat jagaan berkenaan.

'Jenguklah ibu di Aidilfitri'

Muji berkata, Fatimah yang tidak fasih berbahasa Melayu itu menangis hampir setiap hari selepas dihantar anaknya ke situ dan setelah beberapa tahun hanya seorang anak saudara datang melawatnya.

Kebanyakan warga emas terlantar dihantar keluarga masing-masing ke Al-Ikhlas dan ada yang langsung tidak datang semula bertanya khabar.

"Anak kandung yang dinanti setiap hari tak pernah datang menjenguk. Paling hiba, setiap kali menjelang hari raya, dia akan selalu jenguk ke pintu rumah, mungkin tunggu tiga anaknya datang.

"Tapi pada hari biasa dia tak macam tu. Sedih lihat keadaan dia yang menghidap penyakit tua dan terpaksa memakai lampin pakai buang sebab sekarang dah tak berupaya bergerak,” katanya.
Muji dalam pada itu, memohon ahli keluarga terutama anak kandung datang melihat keadaan wanita berkenaan terutama pada Aidilfitri.

“Apa yang saya cerita inilah yang berlaku kepada dia ketika mula-mula dihantar ke sini, saya tak ada tambah cerita," katanya.

Beliau yang sudah mengasaskan rumah berkenaan sejak 14 tahun lalu berkata, selain wanita berkenaan terdapat beberapa lagi warga emas yang tidak pernah dilawati ahli keluarga selepas dihantar ke situ.


Demikianlah Artikel 'Sebab Aku Jaga Kau Lah Kedai Aku Terbakar'

Sekianlah artikel 'Sebab Aku Jaga Kau Lah Kedai Aku Terbakar' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Sebab Aku Jaga Kau Lah Kedai Aku Terbakar' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/sebab-aku-jaga-kau-lah-kedai-aku.html

Subscribe to receive free email updates: