Judul : Tindakan ke atas pembocor maklumat pembentangan Zamihan
link : Tindakan ke atas pembocor maklumat pembentangan Zamihan
Tindakan ke atas pembocor maklumat pembentangan Zamihan
MALAYSIA DATELINEMajlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan mengambil tindakan terhadap pihak yang membocorkan maklumat serta menularkan isu pembentangan pendakwah, Zamihan Mat Zin, baru-baru ini.
Pengerusinya, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa (gambar) berkata, perkongsian maklumat ketika sesi pembentangan berkenaan sepatutnya tidak boleh dibocorkan kepada orang ramai, lapor Selangorkini.
Katanya, maklumat dibentangkan adalah sulit dan seharusnya dilindungi daripada tersebar.
“MAIS tak ada buat apa-apa tindakan, cuma kita akan ambil tindakan terhadap mereka yang terlibat menghebohkannya.
“Sepatutnya maklumat berkenaan tidak dibocorkan sebab itu adalah rahsia,” katanya kepada pemberita di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.
Pada 8 Jun lalu, Zamihan mencetuskan kontroversi apabila gambar slaid pembentangannya bertajuk ‘Penyelewengan Mufti Wilayah Persekutuan dan kaitannya dengan ajaran Wahabi’ kepada MAIS menjadi tular.
Antara lain, slaid itu didakwa memaparkan sesi taklimat mengandungi tuduhan berat terhadap Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad.
Mohamad Adzib bagaimanapun enggan mengulas sama ada arahan sudah dikeluarkan bagi menghalang Zulkifli daripada berceramah di Selangor.
“Itu Datuk Mufti (Selangor) patut jawab.
“Saya difahamkan belum ada keputusan berkaitan dengan isu berkenaan,” katanya.
Demikianlah Artikel Tindakan ke atas pembocor maklumat pembentangan Zamihan
Sekianlah artikel Tindakan ke atas pembocor maklumat pembentangan Zamihan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tindakan ke atas pembocor maklumat pembentangan Zamihan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/tindakan-ke-atas-pembocor-maklumat.html