Tindakan terbaharu AS ‘ada niat lain’, kata pejabat Najib

Tindakan terbaharu AS ‘ada niat lain’, kata pejabat Najib - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan terbaharu AS ‘ada niat lain’, kata pejabat Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan terbaharu AS ‘ada niat lain’, kata pejabat Najib
link : Tindakan terbaharu AS ‘ada niat lain’, kata pejabat Najib

Baca juga


Tindakan terbaharu AS ‘ada niat lain’, kata pejabat Najib

 
Setiausaha akhbar perdana menteri mempersoalkan motif di sebalik tindakan terbaharu mahu merampas aset bernilai RM2.3 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB.


Tengku-Sarifuddin


PUTRAJAYA: Pejabat Perdana Menteri hari ini mempersoalkan niat di sebalik langkah terbaharu pihak berkuasa Amerika Syarikat memohon untuk merampas aset bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang dikaitkan dengan wang yang didakwa dilarikan daripada syarikat milik kerajaan 1MDB.

Jurucakap Datuk Seri Najib Razak turut menyelar dokumen yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ) semalam kerana menamakan “beberapa perkara dan individu”, menyifatkannya “tidak perlu”.

“Ia menunjukkan wujud motivasi melangkaui matlamat merampas aset,” kata Setiausaha Akhbar perdana menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad.

“Proses keadilan tidak tercapai menerusi usaha meraih tajuk berita,” katanya selepas laporan media antarabangsa memetik dokumen lebih 140 muka surat yang difailkan DoJ di sebuah mahkamah di California.

Dalam permohonannya, DoJ mengumumkan mahu merampas sebuah lukisan mewah, hasil keuntungan 2 filem Hollywood, kapal layar dan pelbagai hartanah dan barangan untuk mendapatkan balik sejumlah AS$540 juta (RM2.3 bilion) wang yang dikaitkan dengan dana yang dicuri daripada 1MDB.

Ia merupakan sebahagian daripada tindakan susulan berpandukan siasatannya tahun lalu yang mendapati kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) dana 1MDB, melibatkan pegawai atasan dan sekutu mereka.

Dokumen terbaharu itu turut menamakan individu seperti ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho dan anak tiri Najib, Riza Aziz, seorang penerbit filem Hollywood, di samping beberapa nama lain.

Sarifuddin berkata kerajaan Malaysia akan memberikan kerjasama penuh terhadap mana-mana penyiasatan melibatkan syarikat atau rakyat tempatan, tetapi menyatakan rasa kesal kerana DoJ tidak memaklumkan kepadanya mengenai tindakan terbaharu itu.

Beliau mengulangi kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mempertahankan pendiriannya mengenai hasil siasatan agensi tempatan terhadap 1MDB, yang mendapati tiada jenayah dilakukan.

Menurut Sarifuddin, siasatan di pihak Malaysia masih belum tamat.

“Sementara itu, tuduhan yang belum dibuktikan tidak boleh diterima sebagai fakta,” katanya.



Demikianlah Artikel Tindakan terbaharu AS ‘ada niat lain’, kata pejabat Najib

Sekianlah artikel Tindakan terbaharu AS ‘ada niat lain’, kata pejabat Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan terbaharu AS ‘ada niat lain’, kata pejabat Najib dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/tindakan-terbaharu-as-ada-niat-lain.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :