Judul : Tun Mahathir Disyaki Dalang DOJ
link : Tun Mahathir Disyaki Dalang DOJ
Tun Mahathir Disyaki Dalang DOJ
Tun Dr Mahathir Mohamad disyaki dalang saman sivil terbaharu dikemukakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dakwaan itu dibuat oleh pengendali Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang menamakan empat tokoh lain yang berkaitan dengan bekas Perdana Menteri itu; Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown; peguam, Matthias Chang; Pengarah Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.
Ia juga sebagai justifikasi kenapa pimpinan tertinggi DAP, khususnya Lim Kit Siang bersunguh-sungguh melobi mahu nobatkan Dr Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan dalam susunan terbaharu gabungan pembangkang itu bagi menghadapi PRU 14.
“Selepas itu Mahathir meminta Cynthia Gabriel, Matthias Chang, Sivarasa Rasiah dan Clare Rewcastle Brown untuk mengambil alih.
“Sivarasa adalah seorang peguam Anwar (yang memfailkan tindakan mahkamah mengenai RM9.5 juta yang dikatakan telah dibayar Muhammad Shafee Abdullah) manakala Cynthia ada pautannya dengan Amerika Syarikat,” dedah RPK dalam artikel bertajuk “Mahathir’s Feeble Attempt At Reviving The Dead IMDB Issue”
RPK berkata isu IMDB melalui DoJ adalah babak dua selepas kegagalan dalam melakukan perkara sama pada bulan Julai tahun lepas.
Dedahnya, ia adalah percubaan terakhir Dr Mahathir dalam menghidupkan semula isu 1MDB yang sudah mati dan cuba memastikan perkara itu terus hidup sehingga pilihan raya umum akan datang.
“Mahathir menyedari bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa lagi untuk menyerang Perdana Menteri Najib Tun Razak sehingga beliau mengkaji semula isu 1MDB dengan harapan ia dapat membawa kembali masalah itu dan terus menggunakannya terhadap Najib.”
Bekas aktivis reformasi itu mendedahkan draf saman sivil disusun oleh dua peguam iaitu R. Sivarasa dan Matthias dan selepas itu draf berkenaan dilaksanakan oleh Cynthia dan Clare mengikut kapasiti kekuatan rangkaian masing-masing.
“Aduan saman sivil sebenarnya dirangka oleh Sivarasa dan Matthias, selepas itu Cynthia menyerahkannya kepada Sandra Brown, Pemangku Peguam Daerah Tengah California, Amerika Syarikat.
“Sandra adalah orang yang sama yang terlibat dalam operasi tahun lepas.
“Seminggu yang lalu salinan dokumen ini diberikan kepada Mahathir dan Clare. Oleh itu, setiap orang telah disiapkan dengan betul untuk serangan semalam.
“Apabila beliau menerima dokumen tersebut, Mahathir berkata, “Kali ini kita habiskan Najib”,”dedahnya lagi.
Demikianlah Artikel Tun Mahathir Disyaki Dalang DOJ
Sekianlah artikel Tun Mahathir Disyaki Dalang DOJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun Mahathir Disyaki Dalang DOJ dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/tun-mahathir-disyaki-dalang-doj.html