UM diselar isu dakwaan serangan seksual

UM diselar isu dakwaan serangan seksual - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UM diselar isu dakwaan serangan seksual, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UM diselar isu dakwaan serangan seksual
link : UM diselar isu dakwaan serangan seksual

Baca juga


UM diselar isu dakwaan serangan seksual

MALAYSIAKINI


Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK) hari ini mengkritik pengendalian Universiti Malaya (UM) terhadap dakwaan serangan seksual melibatkan seorang pelajar pertukaran asing.

Seorang pelajar Jepun dan Taiwan baru-baru ini tampil menyatakan rasa tidak puas hati dengan cara UM menangani aduan mereka, yang dikatakan melibatkan pelaku sama semasa menjalani program pertukaran pelajar di situ.

Pelajar Jepun yang hanya dikenali sebagai “Yo M” mendakwa didesak oleh pegawai di Pusat Pelajar Antarabangsa (ISC) UM untuk menarik balik laporan polisnya.

Pegawai itu bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

GERAK, NGO yang mengumpulkan tenaga akademik di seluruh negara, berkata kes serangan seksual yang berlaku tidak patut disembunyikan semata-mata untuk menjaga nama baik universiti.

Sebaliknya, kata pengerusinya Zaharom Nain, semua aduan harus disiasat dengan mendalam dan tindakan segera harus diambil.

“Jika pegawai itu didapati berbuat salah, universiti patut bertanggungjawab dengan menawarkan permohonan maaf kepada mangsa serangan seksual yang dua kali dimangsakan – pertama oleh pelaku dan kedua oleh sebagai institusi yang sepatutnya melindungi mereka,” katanya.

UM enggan mengulas isu itu kerana siasatan masih berjalan.

Dalam kenyataan semalam, UM meminta orang ramai bersabar dan berjanji menangani isu itu secara serius dan berjanji semua aduan akan disiasat dengan teliti.

Kenyataan lanjut dijangka dikeluarkan selepas ini.

Sementara itu, mengakui kepentingan proses itu, GERAK bagaimanapun berkata tiada alasan untuk menawarkan hati mangsa membuat laporan polis.

Sebelum ini, Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM) turut mendakwa universiti itu tidak mematuhi garis panduan dalam kes gangguan seksual.

Seorang bekas naib canselor UM juga menyifatkan dakwaan perkara yang berlaku itu sebagai “pelik”.




Demikianlah Artikel UM diselar isu dakwaan serangan seksual

Sekianlah artikel UM diselar isu dakwaan serangan seksual kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UM diselar isu dakwaan serangan seksual dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/um-diselar-isu-dakwaan-serangan-seksual.html

Subscribe to receive free email updates: