Judul : Wujud syak wasangka dalam PH, kata penganalisis
link : Wujud syak wasangka dalam PH, kata penganalisis
Wujud syak wasangka dalam PH, kata penganalisis
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Azmi Hassan percaya masih wujud keraguan di kalangan parti-parti Pakatan Harapan (PH) meskipun wujudnya kerjasama politik di antara mereka.
Merujuk kepada kenyataan terbaru Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmi berkata pembangkang tidak boleh menolak hakikat kegusaran penguasaan Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam gabungan pembangkang itu.
"Kenyataan tersebut menggambarkan syak wasangka parti di dalam PH yang asal iaitu PKR dan DAP terhadap PPBM. Tetapi PH akur bahawa mereka memerlukan PPBM, ataupun memerlukan Dr Mahathir.
"Sebab mereka boleh beri peranan di dalam PH, namun agak terhad dan terkekang supaya nampak ada peranan Dr Mahathir atau PPBM di dalam PH," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Azmi mengulas kenyataan Anwar pada Sabtu lalu yang menolak usul PPBM untuk parti itu menguasai dua jawatan penting PH, iaitu Pengerusi dan Presiden.
Meskipun bersetuju bahawa Dr Mahathir perlu diberikan peranan sewajarnya di dalam PH, namun Anwar mahu cadangan penguasaan jawatan-jawatan itu oleh PPBM dikaji semula.
Namun difahamkan PPBM bersetuju untuk menyerahkan jawatan Presiden kepada PKR, dan ia mahu jawatan pengerusi diberikan kepada Dr Mahathir.
"Di dalam PH ada dua kelompok, iaitu antara DAP dan PKR, manakala satu lagi kelompok adalah PPBM. Di dalam kelompok ini sedar mereka saling memerlukan namun tahap kepercayaan belum boleh diletakkan 100 peratus," jelas Azmi.
Sementara itu mengulas penegasan Anwar bahawa pengerusi hanya bertindak sebagai penyelaras gagasan, Azmin sekali lagi menyifatkan keraguan pemimpin PKR itu ada asasnya.
Begitu juga keperluan utnuk mengekalkan tradisi musyawarrah dan konsensus seperti Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini di mana semua ketua parti mempunyai kedudukan yang sama-rata.
"Tujuan diadakan cadangan tersebut supaya semua parti sama rata. Keran khuatir PPBM yang mempunyai dua, tiga tokoh politik menandingi ketokohan PKR dan DAP.
"PPBM mempunyai ikon politik tersendiri. Jika kita baca cadangan Anwar adalah khusus untuk mengekang ikon atau 'champion' politik dari PPBM. Sebab itu kita lihat mereka masih memerlukan satu sama lain, namun bagaimana PH dapat mengekang kemunculan PPBM di dalam PH.
"Sebab itu saya katakan banyak cadangan tersebut lebih menjurus kepada PH mahu menggunakan PPBM, tetapi tidak mahu PPBM mengawla segala-galanya," katanya.
Sabtu lalu, Anwar dalam satu kenyataannya melalui ibu pejabat PKR menyatakan bahawa beliau bersetuju sekiranya Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan peranan penting dalam PH, namun menolak penguasaan PPBM dalam jawatan pengerusi dan presiden dalam gagasan itu.
Parti komponen PH kini dikatakan bertelagah mengenai struktur organisasi baru pakatan itu selepas Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak diberikan jawatan utama dan sekadar menjadi timbalan.
Demikianlah Artikel Wujud syak wasangka dalam PH, kata penganalisis
Sekianlah artikel Wujud syak wasangka dalam PH, kata penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wujud syak wasangka dalam PH, kata penganalisis dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/wujud-syak-wasangka-dalam-ph-kata.html