Zaid Ibrahim Bidas Tindakan Juruterbang Air Asia Suruh Berdoa

Zaid Ibrahim Bidas Tindakan Juruterbang Air Asia Suruh Berdoa - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zaid Ibrahim Bidas Tindakan Juruterbang Air Asia Suruh Berdoa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zaid Ibrahim Bidas Tindakan Juruterbang Air Asia Suruh Berdoa
link : Zaid Ibrahim Bidas Tindakan Juruterbang Air Asia Suruh Berdoa

Baca juga


Zaid Ibrahim Bidas Tindakan Juruterbang Air Asia Suruh Berdoa

Rafa Azmir

Zaid

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim membidas tindakan seorang juruterbang AirAsia yang meminta penumpang pesawat penerbangan Perth-Kuala Lumpur yang mengalami masalah teknikal supaya berdoa.

Dalam catatan di Twitter berhubung masalah yang melanda pesawat AirAsia Airbus A330 semalam, Zaib berkata syarikat penerbangan tambang murah itu tidak seharusnya merestui tindakan juruterbangnya.

“Juruterbang seharusnya memberi harapan, dan meninggalkan yang lain kepada Tuhan dan para penumpang.

“Sekiranya AirAsia mahu ceburi bidang agama; lantik imam dan paderi yang betul,” tulisnya.

Pesawat AirAsia milik Malaysia yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur, semalam terpaksa berpatah balik ke Australia berikutan masalah teknikal.

Laporan AFP yang memetik seorang penumpang sebagai berkata, beliau mendengar bunyi kuat dan pesawat itu bergegar seperti sebuah mesin basuh.

Pesawat Airbus A330 dari Perth itu mula dikesan mengalami masalah berkenaan kira-kira 90 minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.

Jurucakap lapangan terbang itu berkata, kerosakan terbabit disedari juruterbang pesawat berkenaan dan memutuskan untuk berpatah balik ke Perth.

Selepas penerbangan 90 minit, pesawat itu mendarat dengan selamat di Perth.

Sementara itu, AirAsia X dalam satu kenyataan berkata syarikat berkenaan sedang menyiasat punca kejadian Ahad lalu.

“Kami sedang menjalankan siasatan ke atas kejadian itu bersama-sama dengan pengilang enjin kami, Rolls-Royce. Kami juga bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa penerbangan tempatan.

“Kami ingin menekankan bahawa Kumpulan AirAsia sentiasa mematuhi program penyelenggaraan yang ditetapkan oleh pengeluar enjin kami. Kami juga telah mematuhi semua peraturan dan keperluan seperti yang ditetapkan oleh setiap negara di mana syarikat penerbangan kami beroperasi, termasuk di Australia.

“Keselamatan penumpang dan krew sangat penting bagi kami,” kata AirAsia X .



Demikianlah Artikel Zaid Ibrahim Bidas Tindakan Juruterbang Air Asia Suruh Berdoa

Sekianlah artikel Zaid Ibrahim Bidas Tindakan Juruterbang Air Asia Suruh Berdoa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zaid Ibrahim Bidas Tindakan Juruterbang Air Asia Suruh Berdoa dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/zaid-ibrahim-bidas-tindakan-juruterbang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :