1MDB: Mahkamah dipengerusi Raus tolak permohonan cabar keputusan Apandi

1MDB: Mahkamah dipengerusi Raus tolak permohonan cabar keputusan Apandi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 1MDB: Mahkamah dipengerusi Raus tolak permohonan cabar keputusan Apandi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 1MDB: Mahkamah dipengerusi Raus tolak permohonan cabar keputusan Apandi
link : 1MDB: Mahkamah dipengerusi Raus tolak permohonan cabar keputusan Apandi

Baca juga


1MDB: Mahkamah dipengerusi Raus tolak permohonan cabar keputusan Apandi

 
Panel 3 hakim yang dipengerusi Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif berkata, tiada merit dalam kes itu.


raus-1MDB

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Majlis Peguam dan 2 pengkritik kerajaan tidak membenarkan ketua hakim negara mendengar permohonan berhubung
kegagalan peguam negara tidak mendakwa Datuk Seri Najib Razak dalam isu dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Panel 3 hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif berkata, tiada merit dalam kes itu.

“Bagaimanapun, saya boleh memberi jaminan sebarang keputusan yang akan dibuat bersama 2 hakim lain berdasarkan fakta dan undang-undang,” katanya.

Dua lagi hakim itu ialah Tan Sri Ahmad Maarop dan Tan Sri Azahar Mohamed.

Peguam, Gopal Sri Ram berkata, lebih baik untuk Raus mengecualikan diri kerana anak guamnya, Datuk Zaid Ibrahim melemparkan tuduhan serius terhadap perdana menteri.

“Ia lebih baik untuk persepsi umum yang anda meminta diri dan hakim lain mengetuai prosiding itu,” katanya.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menerima hujah Gopal.

Tommy Thomas yang mewakili Majlis Peguam berkata, anak guamnya akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Raus berhubung kesahihan pelantikannya dari segi Perlembagaan.

“Majlis Peguam akan menjadi plaintif, manakala ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan dinamakan defendan.”

Beliau berkata, mengikut tradisi, Jabatan Peguam Negara akan mewakili ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan.

Peguam kerajaan, Datuk Amarjeet Singh menggesa panel itu menolak permohonan berkenaan kerana ia akan menjadi duluan.

April lalu, panel 3 hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Umi Kalthum Abdul Majid turut menolak rayuan 3 pihak itu.

Pada 11 November lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hanipah Farikullah menolak permohonan mendapat kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman oleh Majlis Peguam, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid dan Khairuddin.

Tiga pihak itu mencabar keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menutup kes itu susulan dakwaan wang berkenaan dimasukkan ke akaun bank Najib.

Apandi yang juga pendakwa raya pada 26 Januari 2016 mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan kes itu.

Hanipah dalam 3 penghakiman berasingan berkata, mahkamah bukan tempat mendapatkan ganti rugi untuk mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan peguam negara tidak mendakwa mana-mana kes jenayah.

“Kaedah untuk orang yang tidak berpuas hati dengan keputusannya (peguam negara) di tempat lain, bukan di mahkamah,” katanya.

Hanipah dalam penghakimannya berkata, beliau terikat dengan perintah Mahkamah Persekutuan kenapa keputusan peguam negara tidak memulakan prosiding jenayah di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, tidak boleh disemak mahkamah.

Peruntukan itu menyatakan peguam negara mempunyai budi bicara untuk memulakan, menjalankan dan menghentikan sebarang prosiding jenayah.

Hanipah berkata, tidak wujud konflik kepentingan apabila Apandi memutuskan tidak mendakwa perdana menteri berhubung 1MDB dan isu berkaitan.



Demikianlah Artikel 1MDB: Mahkamah dipengerusi Raus tolak permohonan cabar keputusan Apandi

Sekianlah artikel 1MDB: Mahkamah dipengerusi Raus tolak permohonan cabar keputusan Apandi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 1MDB: Mahkamah dipengerusi Raus tolak permohonan cabar keputusan Apandi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/1mdb-mahkamah-dipengerusi-raus-tolak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :