Judul : 29 tangkapan di Kedah setakat Jun 2017
link : 29 tangkapan di Kedah setakat Jun 2017
29 tangkapan di Kedah setakat Jun 2017
Gokina MorgananMohd Fauzi (dua, kiri) beramah mesra dengan tetamu yang menghadiri Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2017 di pejabat SPRM Kedah.
Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata, tangkapan itu melibatkan 12 pegawai kerajaan, tiga kakitangan swasta serta 14 orang awam.
"Jumlah ini menunjukkan penurunan sebanyak 15 kes berbanding 44 tangkapan bagi tempoh sama tahun lalu," katanya kepada media, pada Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2017 di pejabat SPRM Kedah, hari ini.
Menurutnya, penurunan itu susulan SPRM giat melancarkan Gerakan Revolusi Anti Rasuah, serta program perangi rasuah bersama rakyat, sejak tiga bulan lalu.
“Trend kes-kes SPRM kini lebih sofistikated, kebanyakan ke arah rampasan harta berlebihan yang kini membabitkan wang atau penyitaan serta pembekuan harta berjumlah hampir RM9 juta. Kalau ada maklumat, SPRM akan siasatan seperti biasa, tidak kiralah pegawai kerajaan atau orang awam,” katanya.
Sehubungan itu, Mohd Fauzi meminta kerjasama berterusan daripada orang awam tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik untuk melaporkan sebarang maklumat berunsur rasuah supaya tindakan dapat diambil.
"Setakat hujung Jun ini, SPRM Kedah telah menerima 263 maklumat berbanding tahun lalu sebanyak 188 maklumat berkenaan rasuah daripada pelbagai sumber.
"Tahun ini, sebanyak 37 kertas siasatan dibuka ke atas 25 pegawai kerajaan dan badan-badan berkanun, sembilan orang awam dan tiga pegawai swasta berbanding 28 kertas siasatan dibuka pada tempoh sama tahun 2016," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Fauzi berkata, SPRM masih menunggu arahan selanjutnya daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) membabitkan kes dua anggota polis yang dipercayai meminta rasuah daripada ah long, selain kes ah long sogok dua anggota polis serta pegawai Imigresen hidup mewah.
"Untuk ketiga-tiga kes ini, SPRM sudah kemukakan dokumen siasatan kepada peguam negara dan menunggu arahan TPR untuk memutuskan sama ada suspek dalam kes terbabit akan didakwa di mahkamah atau sebaliknya.
"Kesemua suspek kini dibebaskan dengan jaminan SPRM," katanya.
Mohd Fauzi juga enggan membuat andaian sama ada dua anggota polis yang sebelum ini pernah menerima sijil penghargaan kerana menolak rasuah dikaitkan dengan cubaan ah long terbabit untuk memerangkap suspek.
"Saya tidak mahu komen lanjut, kita (SPRM) tidak tahu, butiran siasatan belum lengkap," katanya.
Demikianlah Artikel 29 tangkapan di Kedah setakat Jun 2017
Sekianlah artikel 29 tangkapan di Kedah setakat Jun 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 29 tangkapan di Kedah setakat Jun 2017 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/29-tangkapan-di-kedah-setakat-jun-2017.html