7 hari lagi untuk anggota polis buang tatu badan

7 hari lagi untuk anggota polis buang tatu badan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 7 hari lagi untuk anggota polis buang tatu badan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 7 hari lagi untuk anggota polis buang tatu badan
link : 7 hari lagi untuk anggota polis buang tatu badan

Baca juga


7 hari lagi untuk anggota polis buang tatu badan

 
Semua anggota dan pegawai polis beragama Islam dilarang bertatu, manakala mereka yang bukan Islam, termasuk Orang Asli dibenarkan bertatu berdasarkan keperluan agama, budaya dan kepercayaan.


Abdul-Ghafar-Rajab-polis

PETALING JAYA: Semua anggota dan pegawai polis mempunyai tempoh sehingga Jumaat depan untuk membuang tatu yang tidak dibenarkan, demikian menurut arahan dikeluarkan Bukit Aman.

Ibu pejabat polis itu pada 21 Jun lalu mengeluarkan arahan kepada semua anggota dan pegawainya yang bertatu perlu mengisytiharkan tatu mereka sebelum 21 Julai ini dan tatu yang tidak dibenarkan perlu dibersihkan sebelum tarikh itu atau tindakan akan diambil terhadap mereka.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Abdul Ghafar Rajab dipetik Oriental Daily berkata, rakyat yang berminat menyertai pasukan polis juga perlu membuang tatu mereka sebelum menjalani temuduga.

“Pasukan polis ialah pasukan berdisiplin dan uniform, kecuali dalam keadaan tertentu, kami sama sekali tidak membenarkan anggota bertatu atau ia mudah menyebabkan orang ramai salah faham.”

Berdasarkan garis panduan terbaru, semua anggota dan pegawai polis beragama Islam dilarang sama sekali bertatu, manakala mereka yang bukan Islam, termasuk Orang Asli dibenarkan bertatu berdasarkan keperluan agama, budaya dan kepercayaan.

Bagaimanapun, sumber dipetik akhbar itu berkata, simbol dan lambang kongsi gelap serta samseng, termasuk gambar naga, ular, harimau, harimau bintang dan helang tidak dibenarkan.

Katanya, corak tatu yang melanggar undang-undang seperti rasis dan keganasan, bogel atau lucah serta mencuri tumpuan juga dilarang.

Beliau berkata, anggota dan pegawai polis bukan Islam hanya boleh mencacah tatu, selepas mengisi borang pengisytiharan berserta alasan berbuat demikian dan mendapat kelulusan pentadbiran polis.

Katanya, mereka juga perlu memastikan tatu itu tidak kelihatan selepas memakai baju seragam dan jika terpaksa mencacah tatu di lengan disebabkan agama serta kepercayaan, mereka perlu memakai baju berlengan panjang.

Ketika ini, Taiwan, United Kingdom dan kebanyakan negara Komanwel tidak membenarkan pegawai penguat kuasa mencacah tatu.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Abdul Rani Alias dilaporkan berkata, Bukit Aman melarang anggota polis mencacah tatu atau tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang ingkar arahan itu.

Katanya, mencacah tatu bertentangan dengan polis yang merupakan pasukan beruniform dan menyebabkan kecacatan dalam keseragaman pasukan keselamatan itu.



Demikianlah Artikel 7 hari lagi untuk anggota polis buang tatu badan

Sekianlah artikel 7 hari lagi untuk anggota polis buang tatu badan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 7 hari lagi untuk anggota polis buang tatu badan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/7-hari-lagi-untuk-anggota-polis-buang.html

Subscribe to receive free email updates: