Adun DAP saman fitnah Jamal Yunos RM5 juta

Adun DAP saman fitnah Jamal Yunos RM5 juta - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adun DAP saman fitnah Jamal Yunos RM5 juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adun DAP saman fitnah Jamal Yunos RM5 juta
link : Adun DAP saman fitnah Jamal Yunos RM5 juta

Baca juga


Adun DAP saman fitnah Jamal Yunos RM5 juta


Yeo Bee Yin



Keceluparan ketua kumpulan baju merah yang juga ketua bahagian Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos melemparkan tuduhan tidak berasas mengundang padah apabila beliau disaman Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin.

Yeo yang didakwa Jamal telah menyelewengkan peruntukan skim bantuan kerajaan negeri mengemukakan saman fitnah RM5 juta yang difailkannya 14 Jun lepas.

Beliau yang hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam bagi pengurusan kes bagaimanapun kesal apabila Jamal gagal muncul di mahkamah.
“Dalam tempoh pendek kerjaya politik saya tidak pernah sekalipun saya berhadapan dengan tuduhan sedemikian rupa. Ia tidak adil,” katanya merujuk fitnah penyelewengan dana awam yang dilemparkan Jamal beberapa bulan lepas.
“Saya mahu menyaman dia bagi memastikan dia menanggung akibat (daripada penyebaran fitnah),” ujarnya.

Adalah penting katanya untuk Ketua Baju Merah itu hadir ke mahkamah bagi membersihkan reputasinya yang terjejas ekoran penyebaran fitnah berkenaan.

Sementara itu, peguam Bee Yin, SN Nair memaklumkan bahawa pembantu kanan pendaftar, Rumaizah Baharom menetapkan 3 Ogos hadapan sebagai tarikh pengurusan kes kedua saman berkenaan.

“Jika dia (Jamal) tidak hadir (pada 3 Ogos), kami akan memohon penghakiman ingkar (judgement in default),” ujarnya.

Pada 21 Mac lepas, Jamal bersama enam lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan sidang media mendakwa kononnya Bee Yin mengunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) secara salah.

Ahli Jawatankuasa DAP Selangor itu dalam satu sidang media keesokannya harinya tampil mendedahkan bukti lengkap bagi menjawab segala tuduhan berkenaan.



Demikianlah Artikel Adun DAP saman fitnah Jamal Yunos RM5 juta

Sekianlah artikel Adun DAP saman fitnah Jamal Yunos RM5 juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adun DAP saman fitnah Jamal Yunos RM5 juta dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/adun-dap-saman-fitnah-jamal-yunos-rm5.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :