Judul : AMANAH ikrar bersama TMJ perangi rasuah
link : AMANAH ikrar bersama TMJ perangi rasuah
AMANAH ikrar bersama TMJ perangi rasuah
Anne MuhammadParti Amanah Negara (AMANAH) hari ini berikrar akan bersama dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam memerangi rasuah sekiranya Pakatan Harapan membentuk kerajaan negeri selepas pilihan raya umum ke-14 nanti.
Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata Tunku Ismail adalah seorang yang berani dan rakyat harus menyokong usahanya dalam menangani rasuah dan salah guna kuasa.
"Saya sendiri dan orang Johor bersama pada awal lagi nak pastikan mengembalikan urus tadbir yang baik menentang segala kemungkaran. Kita nyatakan keberanian atas nama integriti.
"Kerajaan akan datang adalah anti penyelewengan mengembalikan stabiliti negara ke tahap yang asal," katanya dalam sidang media di Wisma AMANAH Kuala Lumpur hari ini.
Salahuddin berkata Tunku Ismail sendiri menyedari bahawa keadaan di negara di mana orang yang menerima rasuah dianggap mulia serta diberi kebesaran serta mereka yang berani bercakap benar pula adalah penderhaka negara.
"Sebagai orang Johor kita ingin berkongsi atas nama integriti untuk kita bina negara kita semula dan tentang rasuah dan salah guna kuasa, apa yang disebut Tunku adalah kenyataan yang mengajak rakyat bersama dengan dia untuk kita tentang salah guna kuasa," katanya.
Dalam catatan Tunku Ismail di halaman Facebook Johor Southern Tigers, baginda menyatakan kekesalannya dengan keadaan negara hari ini dengan melontarkan soalan "Apa yang telah berlaku kepada negara yang saya hormati? Sebuah negara yang dahulunya saya bangga untuk memanggilnya sebagai rumah saya."
Antara lain, beliau menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara di mana rasuah menjadi budaya, di mana media melindungi rasuah dan menjadikan orang yang tidak bersalah sebagai mangsa untuk menjual cerita.
Tunku Ismail juga mendakwa bahawa rakyat yang kurang berpendidikan sentiasa ditipu, dimanipulasi oleh sistem dan diperas manakala orang kaya semakin kaya manakala orang miskin semakin miskin.
Kata baginda, Malaysia kini sebuah tempat di mana rakyat tidak lagi menilai dengan fakta, tetapi menghakimi berdasarkan persepsi tentang apa seseorang memakai atau katakan.

Demikianlah Artikel AMANAH ikrar bersama TMJ perangi rasuah
Sekianlah artikel AMANAH ikrar bersama TMJ perangi rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel AMANAH ikrar bersama TMJ perangi rasuah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/amanah-ikrar-bersama-tmj-perangi-rasuah.html