BN perlu kerja keras di Selangor, jangan harap pada 'peluang' - Ismail Sabri

BN perlu kerja keras di Selangor, jangan harap pada 'peluang' - Ismail Sabri - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN perlu kerja keras di Selangor, jangan harap pada 'peluang' - Ismail Sabri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN perlu kerja keras di Selangor, jangan harap pada 'peluang' - Ismail Sabri
link : BN perlu kerja keras di Selangor, jangan harap pada 'peluang' - Ismail Sabri

Baca juga


BN perlu kerja keras di Selangor, jangan harap pada 'peluang' - Ismail Sabri

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) di Selangor tidak boleh leka dan selesa dengan beberapa andaian yang dibuat tentang kebolehmenangan parti itu di negeri terkaya ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri berkata demikian merujuk kepada proses persempadanan semula yang masih dalam rayuan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan hubungan baik yang kini terjalin antara Umno dan PAS.
 
Malah beliau menegaskan BN terutamanya Umno perlu bekerja keras dengan memanfaatkan peluang yang ada tanpa mengharapkan andaian-andaian seperti itu berlaku.
 
"Kita kena menganggap persempadanan semula dan sokongan PAS kepada Umno itu semua andaian yang belum lagi berlaku jadi kita kena bekerja dgn apa yang ada sekarang. Sekarang ni yang berlaku belum ada persempadanan semula walaupun permohonan ada dibuat.
 
"Apa yang berlaku antara PAS dan pembangkang memang tunjuk bahawa PAS tidak akan kembali kepada PH kerana ada DAP. Itu masih lagi andaian, kita tak tahu apa yang berlaku pada masa depan," katanya dalam sidang media ketika merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Kota Raja di Kelab Golf Kota Kemuning di sini hari ini.
 
Ismail yang juga merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah meletakkan harapan kepada rakyat Selangor untuk tidak lagi memperjudikan nasib dengan memilih PH pada PRU14 yang sering bertelagah sesama sendiri.
 
"Tapi selepas saya lihat PKR memerintah dua penggal di Selangor tidak nampak perubahan yang besar seperti yang dijanjikan. 
 
"Di Selangor pun saya percaya tentang rumah PPR dan sebagainya semua yang dijanjikan tidak dilaksanakan. Saya harap dan percaya orang Selangor ni tak mungkin ditipu terlalu banyak kali," katanya lagi. 
 
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Datuk Kamarulzaman Johari pula meletakkan keyakinan bahawa Umno kawasan Parlimen itu mampu melakukan kejutan jika pertandingan tiga penjuru berlaku.
 
"Sekarang ni telah berlaku perpecahan PAS tidak lagi berada dalam PH, calon yang ada sekarang masuk dalam Amanah (dan) saya jangkakan kemungkinan ada pertandingan tiga penjuru. 
 
"Saya percaya ada sedikit harapan untuk kita menang walaupun ada jurang majoriti yang agak besar tapi kalau tiga penjuru kemungkinan akan berlaku perpecahan dan kita boleh lakukan kejutan," ujar beliau.
 
Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud sebelum ini memenangi kerusi tersebut melalui tiket PAS pada PRU13.
 
Pada 2013 beliau mengalahkan calon BN dengan majoriti 20,751 undi.
 
Namun Siti Mariah meninggalkan parti itu pada 2015 dan menyertai Amanah.
 
 


Demikianlah Artikel BN perlu kerja keras di Selangor, jangan harap pada 'peluang' - Ismail Sabri

Sekianlah artikel BN perlu kerja keras di Selangor, jangan harap pada 'peluang' - Ismail Sabri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN perlu kerja keras di Selangor, jangan harap pada 'peluang' - Ismail Sabri dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/bn-perlu-kerja-keras-di-selangor-jangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :